Utusan Borneo (Sarawak)

Komited majukan sukan berbasikal di Sarawak

SCA mahu perkenal semula sistem pengumpula­n mata bagi pemilihan atlet berbasikal wakili Sarawak

- Oleh Henrietta Liza

Pencarian atlet merupakan antara permasalah­an yang dihadapi Sarawak untuk sukan

” berbasikal.

KUCHING: Persatuan Berbasikal Sarawak (SCA) mahu memperkena­lkan semula sistem pengumpula­n mata bagi sukan berbasikal.

Presiden SCA Datuk Benjamin Hasbie berkata ia bertujuan membuat pemilihan untuk wakil atau atlet negeri ke pertanding­an atau kejohanan berkaitan seperti SUKMA.

“SCA ditubuhkan pada 30 Jun tahun ini dan mempunyai beberapa pendekatan dalam usaha memupuk minat terhadap sukan berbasikal dalam kalangan orang ramai.

“Pencarian atlet merupakan antara permasalah­an yang dihadapi Sarawak untuk sukan berbasikal.

“Justeru, menerusi pengumpula­n mata tersebut atlet mempunyai bukti kukuh prestasi pencapaian mereka dalam setiap perlumbaan yang disertai,” katanya ketika bercakap pada sidang media ‘SCA Road Race Kriterium & TTT 1.0 2018’ di sini semalam.

Mata tersebut tegasnya, akan dikumpul dari awal tahun hingga penghujung tahun yang sama dan akan dinilai kemudian, yang dilihat amat efektif untuk memperbaik­i prestasi dari semasa ke semasa.

‘SCA Road Race Kriterium & TTT 1.0 2018’ dianjurkan bersama Persatuan Berbasikal Bahagian

Datuk Benjamin Hasbie Presiden SCA

Kuching ( KDCA), Persatuan Berbasikal Bahagian Samarahan (SaCA) dan turut dibantu Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Pihaknya turut menyampaik­an hasrat untuk menggalakk­an penubuhan ‘Continenta­l Team’ agar setaraf dengan Terengganu.

Pada masa yang sama dalam mengurangk­an perbelanja­an bagi sukan itu, pihaknya berhasrat mengurangk­an jurang prestasi atlet berbasikal dengan negara jiran Indonesia.

“Jurang prestasi mereka di Indonesia dengan Sarawak amat jauh berbeza, kita mahu belajar daripada mereka dan mengurang- kan kos belanja agar tidak seperti sebelumnya,” ujar Benjamin.

SCA turut menegaskan bahawa pihaknya akan meneruskan penganjura­n ‘SCA Road Race Kriterium & TTT’ agar tidak digelar sebagai ‘race kampung’ yang tidak teratur pengurusan­nya.

Pagi semalam juga diadakan ‘Fun Ride’ untuk memupuk rasa cinta terhadap sukan berbasikal yang telah disertai seramai 160 peserta.

‘My First Race’ juga telah disertai penunggang muda 14 tahun ke bawah yang mana penunggang termuda yang telah menyertai adalah berumur 10 tahun semalam.

PIhak SCA turut memohon kepada Kerajaan Sarawak agar membangunk­an infrastruk­tur bagi sukan berbasikal di Sarawak.

Turut hadir Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Residen Bahagian Kuching Ismail Mohamad Hanis, Naib Presiden SCA Irawan Sudarsono dan Pengarah Kejohanan ‘SCA Road Race Kriterium & TTT 1.0 2018’ Izam Abdul Rahman.

Kejohanan tersebut disertai seramai 122 peserta dari seluruh Kuching, Sabah, Miri dan Kalimantan Indonesia.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Benjamin (tengah) ditemani Abang Abdul Wahap (dua kiri), Irawan (kiri), Ismail (dua kanan) dan Izam (kanan) pada sidang media ‘SCA Road Race Kriterium & TTT 1.0 2018’ di Kuching semalam.
SIDANG MEDIA: Benjamin (tengah) ditemani Abang Abdul Wahap (dua kiri), Irawan (kiri), Ismail (dua kanan) dan Izam (kanan) pada sidang media ‘SCA Road Race Kriterium & TTT 1.0 2018’ di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia