Utusan Borneo (Sarawak)

Sii Tuong Jing muncul johan ‘Harbour Run’

-

Sii Tuong Jing muncul johan ‘Harbour Run’ sejauh tujuh kilometer (km) yang bertemakan `Sailing Towards Success’ bermula jam 6 pagi di Wisma Harbour Parkcity Commercial Centre di sini pagi semalam, dengan mencatat masa terpantas 25 minit, 47 saat.

Beliau merupakan pelari yang tidak asing lagi apabila memenangi banyak acara larian jarak jauh di bahagian ini sepanjang tahun ini.

Manakala naib johan diraih Aliff Zaini yang mencatat masa terpantas 26:29s diikuti tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing disandang Lucas Wong, Goliath Valeron Sili dan Ling Tai Ming.

Kategori wanita pula menyaksika­n Hii Win Nie meraih johan dengan mencatat masa 34 minit, diikuti naib johan disandang Joyce Ho Hie Knew dan ketiga menjadi milik Ma Qin Mei.

Penyandang kedudukan keempat dan kelima pula masing-masing Christy Anggong dan Frances Schoeman.

Acara itu disertai lebih 1,000 peserta.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaika­n Pengarah Urusan Harbour-Link Group Datuk Francis Yong Piaw Soon dan Pengarah Eksekutif Harbour-Link Edward Wong Siong Seh serta dihadiri Penasihat Harbour-Link Lee Seng Chiong, Awang Alias dan Presiden Kelab Harbour Wesley Chan.

“Bagi pihak pengurusan Harbour-Link Group, saya ingin mengucapka­n terima kasih ke- pada peserta yang menjayakan acara ini dan kami gembira kerana berjaya mengumpul lebih 1,000 peserta larian pada tahun ini,” kata Wesley semalam.

Katanya, acara itu tahun kedua dianjurkan pihaknya pada tahun ini dan terdapat kesinambun­gan serta makna yang mendalam mengapa nama tema acara ini digunakan memandangk­an Harbour sebagai syarikat korporat yang bereputasi akan terus bergerak ke hadapan dan belayar ke arah kejayaan.

Jelasnya, acara larian ‘Harbour Success’ Run juga dinamakan sempena memperinga­ti salah sebuah kapal Harbour yang bernama Harbour Success yang telah dijual dan diganti dengan kapal lebih besar dikenali sebagai `Harbour Star’ daripada kejayaan menjadi bintang.

Dalam perkembang­an berkaitan katanya, tujuan utama acara larian itu juga adalah untuk mengukuhka­n hubungan dengan masyarakat setempat, mewujudkan kesedaran tentang cara mengekalka­n kecergasan fizikal dan mental yang baik melalui sukan serta memupuk kesedaran melalui aktiviti amal dengan membantu golongan memerlukan.

“Pengurusan syarikat kami merasakan untuk menetapkan contoh korporat yang baik ialah dengan mengambil inisiatif memenuhi tanggungja­wab sosial korporat(CSR) dengan memberi kembali kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya sambil berharap sumbangan itu akan mewujudkan masyarakat yang lebih peduli dan penyayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia