Utusan Borneo (Sarawak)

Kashima tempah pertemuan menentang Madrid di separuh akhir Piala Dunia Kelab

-

AL-AIN, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Juara Asia, Kashima Antlers menewaskan kelab dari Mexico, CD Guadalajar­a 3- 2 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia Kelab untuk menempah pertemuan di separuh akhir menentang Real Madrid di sini Sabtu lepas.

Pada perlawanan suku akhir yang lain, kelab dari UAE, Al Ain, mengejutka­n kelab gergasi dari Tunisia, Esperance 3-0 untuk menempah pertemuan separuh akhir menentang juara Copa Libertador­es, River Plate.

Guadalajar­a mendahului awal menerusi gol Angel Zaldivar pada minit ketiga tetapi Ryota Nagaki mengikat kedudukan pada perlawanan di Al-Ain.

Kashima mendahului buat kali pertama menerusi tendangan penalti Serginho pada minit ke-69 dan gol ketiga Hiroki Abe, menjadikan gol sendiri Leo Silva pada minit kecederaan hanya saguhati buat Guadalajar­a.

Pertemuan menentang Real Madrid pada hari Rabu adalah mirip final 2016, yang dimenangi 4-2 oleh Real Madrid selepas masa tambahan.

Real berangkat ke UAE selepas perlawanan La Liga menentang Rayo Vallecano Sabtu lepas.

Al Ain terpaksa bangkit dari ketinggala­n 0-3 untuk seri 3-3 dengan Team Wellington, sebelum menang menerusi penentuan sepakan penalti untuk ke suku akhir.

Tetapi mereka mengelak melakukan kesilapan yang sama apabila menentang pasukan juara Afrika dengan Mohamed Ahmed membuka jaringan seawal minit kedua sebelum Hussein El Shabat menambah jaringan dan Bandar Mohammed melengkapk­an jaringan pada minit akhir.

Final dan perlawanan penentuan tempat ketiga akan berlangsun­g pada 22 Disember. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia