Utusan Borneo (Sarawak)

DGCC akan perkenal pertanding­an golf menggunaka­n format ‘Texas Scramble’

-

Damai Golf & Country Club (DGCC) akan memperkena­lkan pertanding­an golf baharu menggunaka­n format ‘Texas Scramble’ yang akan dibuka penyertaan mulai Januari tahun depan.

Menurut Pengurus Besar DGCC Roslan Mohd Salleh, pertanding­an itu akan diadakan seawal Februari 2019 dan akan berlangsun­g sehingga pertengaha­n tahun depan kerana format perlawanan ialah secara dua kalah mati.

“Setiap pasukan akan dibenarkan mendaftar dua pemain dan mereka akan menentang kumpulan yang lain untuk menentukan siapa akan melangkah ke pusingan seterusnya,” jelasnya.

“Pertanding­an ini amat unik kerana pasukan yang kalah dalam mana-mana perlawanan disertai akan diletak dalam ‘Kumpulan Tewas’ atau ‘Losers’ Pool’ manakala mereka yang menang akan diletak dalam ‘Kumpulan Menang’ atau ‘Winners’ Pool’, tambahnya.

Setiap pasukan juga dibenarkan menggunaka­n dua biji bola golf dalam perlawanan mereka dan jumlah markah yang terbaik oleh mana-mana anggota pasukan akan dikira untuk menentukan pemenang antara dua pasukan yang berentap.

“Pihak kami yakin ramai ahli kelab kami dan pemain daripada kelab lain akan berminat menyertai pertanding­an ini kerana ia mencabar dan memerlukan kedua-dua ahli pasukan bekerjasam­a demi menjamin kemenangan semasa perlawanan,” kata Roslan.

Pihak DGCC juga katanya, menyasar sekurang-kurangnya 50 pasukan akan berentap dalam pertanding­an ini yang berpanduka­n pada format ‘strokeplay’ dan menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada para pemenang.

Sementara itu, Presiden Persatuan Golf Sarawak Hoan Kee Hock telah memenangi acara Nett dalam Kategori A (Umur 61 tahun ke atas) pada Pertanding­an Golf Klasik Antara Umur 2018 yang berlangsun­g di DGCC baru-baru ini.

Beliau yang bermain dengan handicap 9 berjaya mencatat 73 pukulan manakala Datuk Kamal Husin yang bermain handicap 14 menduduki tempat kedua dengan 78 pukulan. Dalam bahagian Gross pula, Anthony Kearsley mendapat tempat pertama setelah mencatat 104 pukulan.

Dalam Kategori B (Umur 51–60 tahun) pula, Abdul Aziz Sahari yang bermain dengan handicap 6 memenangi tempat pertama dalam acara Nett setelah mencatat 71 pukulan manakala Roslan Mohd Salleh menduduki tempat kedua dengan 74 pukulan dan Mohamad Mokarat menduduki tempat ketiga dengan 75 pukulan.

Dalam acara Gross pula Awang Madzelan yang bermain dengan handicap 7 menduduki tempat pertama dengan 83 pukulan manakala Iskandar Matjani menduduk tempat kedua dengan 84 pukulan.

Dalam Kategori C (Umur 41–50 tahun), pemain dar Sibu Lee Ka Tung telah memenangi acara Nett dengan 71 pukulan manakala Hardy Abu Bakar menduduki tempa kedua dengan 72 pukulan dan Mohd Shafiee Othman menduduki tempat ketiga dengan 75 pukulan.

Dalam acara Gross pula Lee Kah Ming yang bermain dengan handicap 5 menduduk tempat pertama dengan 78 pukulan manakala Abdu Rahman Mansur yang bermain dengan handicap 7 menduduki tempat kedua dengan 81 pukulan.

 ??  ?? HADIAH KHAS: Roslan menyampaik­an hadiah kepada Amirrufath­ul lah Muizzuddin Amirrulliz­am Hossen, 11 tahun yang menyerta Pertanding­an Golf Klasik Antara Umur 2018 baru-baru ini.
HADIAH KHAS: Roslan menyampaik­an hadiah kepada Amirrufath­ul lah Muizzuddin Amirrulliz­am Hossen, 11 tahun yang menyerta Pertanding­an Golf Klasik Antara Umur 2018 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia