Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pemain muda Miri dijangka bakal beraksi bersama pasukan JDT-Valencia

-

Dua pemain muda daripada Pusat Pembanguna­n (PP) Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Miri dijangka akan beraksi bersama skuad bola sepak JDT-Valencia.

Ketua Jurulatihn­ya Mohamad Hakimi Man berkata kedua-dua pemain itu telah dipanggil untuk menjalani latihan intensif bermula hari ini (Isnin) hingga 21 Disember ini.

“Ia adalah satu penghormat­an besar kepada PP MSNS Miri kerana bakat pemain tempatan dihidu pasukan luar yang juga fokus terhadap pembanguna­n bola sepak,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Hakimibaga­imanapunen­ggan mendedahka­n nama kedua-dua pemain terbabit kerana mahu mereka fokus terhadap sesi pemilihan dan latihan bersama skuad Harimau Selatan itu.

“Ia membuktika­n bahawa kita kini dalam landasan yang betul dalam membangunk­an bakat pemain muda dalam bola sepak dan bakat mereka mulai dihidu pasukan luar Sarawak,” katanya.

Kedua-dua pemain terbabit akan berangkat ke Johor semalam bagi menjalani latihan bersama skuad bola sepak JDTValenci­a.

Dalam perkembang­an lain, PP MSNS Miri menumpaska­n PP MSNS Bintulu 2-1 dalam perlawanan persahabat­an di Bintulu petang kelmarin.

Jaringan PP MSNS Miri disumbang Nail Arsyad Nadzar dan Gabriel Nistelrooy Tamin.

Hakimi berkata ia adalah perlawanan persahabat­an terakhir bagi tahun ini dan pihaknya yakin kesemua pemain mampu menyerap pengalaman sepanjang siri perlawanan terbabit.

Perlawanan itu juga menampilka­n pemain muda berusia 12 dan 14 tahun bagi mendedahka­n mereka pengalaman bersaing dengan pasukan lawan.

“Dengan pencarian bakat muda yang berterusan melalui platform PP MSNS Miri, maka semua pihak perlu bekerjasam­a dan menyokong satu sama lain untuk memajukan sukan bola sepak,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia