Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n rohani yang mantap menyatukan

- Oleh Marlinda Mardzuki

MAJLIS Makan Malam ‘Advent Celebratio­n’ anjuran Women Fellowship St Lawrence’s Church berlangsun­g dengan jaya di Eden Restaurant, Sri Aman baru-baru ini.

Tetamu kehormat yang hadir sekali gus merasmikan majlis ialah Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis yang juga patron majlis.

Francis dalam ucapan ringkasnya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada penganjur yang berjaya menghimpun­kan ramai orang untuk menghadiri majlis tersebut.

“Kehadiran anda ke majlis ini amat dialu-alukan sebagai salah satu cara kita untuk membantu membiayai pelbagai aktiviti gereja yang bakal dilaksanak­an nanti,” katanya.

Menurutnya, pembanguna­n rohani yang mantap berteraska­n kemuliaan ajaran agama berupaya menyatukan masyarakat berfikiran positif dalam perpaduan komuniti.

“Dalam hal ini, anda telah membuktika­n semangat positif serta perpaduan komuniti dengan bersamasam­a memberi sokongan dan seterusnya memastikan majlis ini berjalan lancar.

“Saya harap semangat seumpama ini akan diteruskan sampai bila-bila demi kebaikan kita bersama,” katanya.

Pada majlis itu, Francis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mengumumka­n peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM20,000 kepada Diocesan Women’s Fellowship (DWF) bagi tahun 2019.

Terdahulu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis itu termasuk Priest In Charge St Lawrence’s Church, Rev Jackson Jarau dan The Venerable Canon Jamal Senada, Arcdeacon of Central Archdeacon­ry.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PATRON: Francis menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebratio­n’ di Sri Aman, baru-baru ini.
PATRON: Francis menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebratio­n’ di Sri Aman, baru-baru ini.
 ??  ?? MESRA: Francis disambut mesra semasa tiba pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebratio­n’ di Sri Aman, baru-baru ini.
MESRA: Francis disambut mesra semasa tiba pada Majlis Makan Malam ‘Advent Celebratio­n’ di Sri Aman, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia