Utusan Borneo (Sarawak)

Pengalaman cuti sekolah di kampung dalam telemovie ‘Ambon’, 23 Disember ini di TV1

-

APAKAH pengalaman cuti sekolah anak-anak anda? Pergi melancong ke dalam negeri mahu pun luar negara? Pastinya melakukan apa sahaja aktiviti asalkan meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta.

Namun realitinya bagi anak-anak yang tinggal di bandar, kegembiraa­n cuti sekolah pastinya berganda bila dapat meluangkan masa pulang menjenguk nenek dan datuk di kampung.

Masakan tidak, dalam tempoh masa cuti persekolah­an inilah anakanak dapat melakukan aktiviti di kampung contohnya mandi sungai, dan merasai resipi masakan air tangan nenek sendiri. Pada masa sama dapat melupakan seketika gajet yang menjadi peneman setia seperti sebelumnya.

Khas cuti sekolah ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie bertajuk ‘Ambon’ pada 23 Disember ini, jam 10.05 pagi di TV1 yang dibintangi pelakon Muhammad Aidil Rafiq, Ebby Yus, Zarina Zainuddin, Fateha Khairul Nizam dan Alif Hadi.

Telemovie arahan Amin Masyhur ini memaparkan tentang Ambon, seorang budak lelaki yang berumur 10 tahun bersekolah di bandar menghabisk­an cuti sekolah di kampung neneknya. Pada masa yang sama, sepupunya Nadia yang juga bersekolah di bandar datang bercuti di kampung neneknya.

Nadia seorang budak yang kurang berkawan, suka bermain bersendiri­an dan gemar menggunaka­n gajet-gajet komputer. Manakala, Ambon pula mempunyai pengetahua­n tentang komputer tetapi gemar berkawan dan bersosial.

Ambon seorang budak yang sangat peramah. Manakala, Nadia pula sangat pendiam.

Apabila bercuti di kampung, Ambon mempunyai ramai kawan. Sebaliknya, Nadia tidak suka berkawan. Tetapi Ambon cuba mengajak Nadia berkawan dan tidak menyombong diri. Di kampung juga mereka mengenali Chan, Pul, Kak Aida, Abang Edi, Tuk Sabariah dan Haji Jefri.

Ambon dan kawankawan­nya berkawan baik, bermain bersama-sama seperti bermandi-manda di sungai serta bermain dengan serangga dan rama-rama.

Satu perkara yang terpuji yang dibuat oleh Ambon dan Nadia adalah menjadi orang perantaraa­n yang dapat mengeratka­n perhubunga­n antara Abang Edi dan Kak Aida. Pada masa sama juga mereka juga menjadi wakil perhubunga­n antara Tuk Sabariah dan Haji Jefri.

Kemuncak kepada kisah keangkuhan Nadia ialah apabila Nadia bersikap sombong, tidak mahu bergerak bersama-sama ketika mereka berjalan di hutan. Akhirnya Nadia tersesat jalan, jatuh ke dalam lubang dan kakinya cedera.

Ambon dan rakanrakan berusaha mencari Nadia. Dalam pada itu, Nadia mula insaf dan ingin memohon maaf atas keegoannya sebelum ini. Bagaimanak­ah Nadia dijumpai? Ikuti kesudahan telemovie penuh pengajaran ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? Alif Hadi lakonkan watak Eddie dalam telemovie ‘Ambon’.
Alif Hadi lakonkan watak Eddie dalam telemovie ‘Ambon’.
 ??  ?? Zarina Zainuddin dan Ebby Yus dalam telemovie ‘Ambon’.
Zarina Zainuddin dan Ebby Yus dalam telemovie ‘Ambon’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia