Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan dibelasah polis Nicaragua dalam operasi keras

-

Polis Nicaragua kelmarin membelasah sekurang- kurangnya tujuh wartawan dengan belantan, seorang daripadany­a merupakan ketua pengarang terkemuka di negara itu, dalam operasi keras ke atas media bebas susulan protes membantah kepimpinan Presiden Daniel Ortega.

Awal minggu ini, polis menyerbu pejabat ketua pengarang terkemuka Carlos Fernando Chamorro, selain bangunan- bangunan yang menempatka­n pertubuhan kemasyarak­atan sosial yang telah diharamkan kerajaan.

Wartawan kelmarin berkumpul di luar ibu pejabat polis di ibu negara Managua dan Chamorro bertanyaka­n kepada pegawai yang berkawal di luar maklumat mengenai perkara yang disebut sebagai serbuan haram ke atas pejabatnya, di mana para pegawai telah merampas dokumen dan peralatan.

Selepas Chamorro berkata demikian, anggota polis dalam seragam antirusuha­n bergegas keluar dari ibu pejabat tersebut lantas membelasah dengan belantan dan menendang Chamorro, rakan sekerjanya dan wartawan yang berada di tempat kejadian untuk membuat liputan berita.

Saksi Reuters melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh wartawan daripada media antarabang­sa dan kebangsaan termasuk Chamorro, telah dibelasah dan ditendang anggota polis terbabit.

Anggota terbabit kemudian mengejar para wartawan tersebut, ada di antara mereka mengecam mangsa sebagai ‘perancang rampasan kuasa’, selain mengancam untuk merampas telefon bimbit dan peralatan mereka.

“Tiga pegawai polis membelasah saya.

“Mereka menyepak kaki saya dalam cubaan untuk menjatuhka­n saya,” kata Nestor Arce, wartawan bagi akhbar minggu Confidenci­al yang diketuai Chamorro.

Sejak April, Nicaragua telah mengalami krisis terburukny­a sejak perang saudara pada 1980-an.

Protes berlarutan berbulan-bulan sebelum kerajaan bertindak tegas mengekangn­ya daripada berterusan.

Sekurang- kurangnya 322 orang telah terbunuh dan lebih 500 lagi kini meringkuk dalam penjara, menurut Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua salah satu pertubuhan yang telah disenarai hitam oleh kerajaan.

Ana Maria Tello, yang bekerja dengan Suruhanjay­a Antara Amerika Mengena Hak Asasi Manusia (IACHR) d Nicaragua, meluahkan kebimbanga­n terhadap peningkata­n keganasan pihak berkuasa yang menyasari NGO dan wartawan serta media bebas.

Kerajaan Ortega enggan memberi komen mengena keganasan anggota polis kelmarin. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia