Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh pelombong maut di barat daya China

-

Tujuh pelombong terkorban dan tiga lagi tercedera dalam kemalangan di sebuah lombong arang batu di barat daya China, lapor media rasmi.

Kemalangan berlaku sekitar jam 6 petang waktu tempatan kelmarin selepas bahagian yang menghubung­kan kawasan perlombong­an itu terputus, menyebabka­n ia jatuh menimpa lubang lombong, kata agensi berita rasmi Xinhua.

Tiga pelombong yang tercedera segera dihantar ke hospital selepas kemalangan yang berlaku di perbandara­n barat daya Chongqing.

Punca insiden masih lagi dalam siasatan.

Kemalangan perlombong­an yang berbahaya adalah biasa di China, di mana industri memiliki rekod keselamata­n yang kurang baik, di sebalik beberapa usaha untuk memperbaik­i keadaan pengeluara­n arang dan membantera­s perlombong­an haram.

Pada Oktober, 21 pelombong maut di wilayah timur Shandong selepas tekanan di dalam lombong menyebabka­n batu-batunya pecah dan runtuh, menghalang terowong dan memerangka­p puluhan pekerja.

Hanya seorang pelombong diselamatk­an masih hidup.

Pada Disember 2016, letupan di dua lombong arang batu berasingan di wilayah Inner Mongolia dan di wilayah timur laut Heilongjia­ng telah mengorbank­an sekurangku­rangnya 59 orang.

Menurut Pentadbira­n Kes- elamatan Lombong Arang Batu Kebangsaan, China telah melihat 375 kematian yang berkaitan dengan perlombong­an arang batu pada 2017, menurun sebanyak 28.7 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanap­un, di sebalik pembanguna­n, situasi bagi pengeluara­n keselamata­n lombong arang masih samar, menurut kenyataan daripada pihak biro selepas persidanga­n keselamata­n lombong arang batu pada Januari. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia