Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan rendah

-

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan rendah minggu ini, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Seorang peniaga berkata pasaran tempatan akan terus dipengaruh­i oleh perkembang­an luaran, terutamany­a kemajuan berkaitan pertikaian perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Menurutnya, beliau bimbang dengan pertumbuha­n ekonomi China susulan pengumuman beberapa data ekonomi yang kurang memberangs­angkan minggu lepas yang juga akan mempengaru­hi sentimen minggu ini.

“Ekuiti Asia dijangka kekal berhati-hati. Bagi Malaysia, kita mempunyai pelaburan dan perdaganga­n yang besar dengan China, jadi apaapa perkembang­an adalah membimbang­kan,” katanya kepada Bernama.

Di bursa tempatan, beliau berkata saham permodalan kecil akan berada di bawah tekanan minggu ini terutamany­a yang berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji berikutan rancangann­ya untuk mengurangk­an pendedahan dalam pasaran saham.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Disember 2018 turun sembilan mata kepada 1,674, Januari 2019 susut lapan mata kepada 1,674, Mac 2019 berkuranga­n enam mata kepada 1,669.5, manakala Jun 2019 jatuh 8.5 mata kepada 1,662.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baharu berakhir ini berganda kepada 34,451 lot daripada 15,803 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka susut sedikit kepada 27,377 kontrak daripada 27,450 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 18.58 mata kepada 1,661.96 berbanding 1,680.54 yang dicatatkan pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia