Utusan Borneo (Sarawak)

MSM akan menyaksika­n kegiatan pengambila­n untung

-

Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksika­n kegiatan pengambila­n untung minggu ini dengan harga dijangka bergerak antara RM1,800 dan RM1,900 setan kata seorang peniaga.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata permintaan dijangka rendah sedikit disebabkan stok yang tinggi.

“Stok minyak sawit kita, yang melepasti tahap tiga juta tan pada November adalah yang tertinggi pernah direkodkan dalam masa 20 tahun,” katanya kepada Bernama.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada Isnin menyatakan bahawa stok minyak sawit meningkat 10.45 peratus kepada 3.01 juta tan pada November daripada 2.72 juta tan yang direkodkan pada hujung Oktober.

Eksport susut 12.87 peratus kepada 1.38 juta tan pada November daripada 1.58 juta tan bulan sebelumnya.

Sementara itu, MPOB mengumumka­n, cukai eksport minyak sawit mentah untuk Januari kekal pada sifar peratus.

Cukai berkenaan adalah sifar peratus sejak September.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga hadapan MSM didagangka­n kebanyakan tinggi.

Asas Jumaat ke Jumaat, Disember 2018 meningkat RM42 kepada RM1,835 setan, Januari 2019 menambah RM58 kepada RM1,974 setan, Februari 2019 meningkat RM70 kepada RM2,068 setan dan Mac 2019 menambah RM54 kepada RM2,138 setan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 174,703 lot daripada 204,825 lot Jumaat lepas sementara kepentinga­n terbuka adalah 283,588 kontrak daripada 278,911 kontrak minggu sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Disember Selatan menambah RM30 kepada RM1,830 setan — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia