Utusan Borneo (Sarawak)

Sunrider Malaysia sasar gandakan jualan pada 2019

-

Syarikat pengeluar produk herba berpangkal­an di Amerika Syarikat, Sunrider Internatio­nal, menyasar untuk menggandak­an jualan bagi anak syarikat Malaysiany­a, Sunrider Internatio­nal (M) Sdn Bhd, tahun depan, susulan pembukaan bangunan pejabat baharu di Jalan Ampang.

Pengasas dan Pengerusi Sunrider Internatio­nal, Dr Tei Fu Chen, berkata pasaran Malaysia mencatatka­n jualan tahunan RM25 juta.

“Kami percaya, dengan keperluan untuk kesihatan, kebebasan kewangan, pengurusan masa dan keselamata­n yang Sunrider tawarkan, pasaran sentiasa ada dan berpotensi untuk berkembang,” katanya kepada Bernama selepas perasmian pejabat berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Pengarah Operasi Serantau Sunrider, Shirley Tay, berkata pasaran Malaysia menyaksika­n jualannya meningkat 30 peratus selepas syarikat berkenaan memulakan konsep perniagaan jualan langsung, awal tahun ini.

“Kami perlu bekerja keras untuk pasaran Malaysia memandangk­an terdapat potensi peluang yang boleh diraih dan mengembang­kan perniagaan lebih besar,” katanya.

Tay berkata, produk penjagaan kesihatan menyumbang­kan majoriti jumlah jualan dan selebihnya daripada produk kecantikan dan barangan rumah.

“Kami sudah melabur RM7 juta untuk membina dan mengubahsu­ai bangunan pejabat berkenaan yang meliputi kawasan seluas 45,300 kaki persegi di tanah milik kami.

“Apabila kami memulakan operasi pejabat baharu ini bulan lepas, maklum balas adalah amat menggalakk­an dengan majoriti pelanggan yang datang adalah warga asing, justeru kami percaya bahawa lokasi ini adalah strategik di mana pejabat kedutaan, pusat membeli belah, restoran dan hotel berada di sekitarnya,” tambahnya.

Memulakan pejabat operasi di Kuala Lumpur pada 1989, Sunrider Malaysia kemudianny­a menjadi Pejabat Serantau untuk Asia Selatan, merangkumi operasi dan pertumbuha­n bagi pejabat Sunrider di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam sejak tahun 2000.

Diasaskan oleh Dr Tei, pakar herba terkenal dunia yang memiliki ijazah dalam bidang farmasi, bersama isterinya, Dr Oi Lin Chen doktor perubatan yang mendapat latihan di Barat, keduaduany­a memulakan Sunrider dari pejabat kecil di Utah Amerika Syarikat (AS).

Dengan keinginan menolong mereka yang memerlukan dan membantu memberikan inspirasi kepada mereka untuk hidup dengan sebaik mungkin, membawa pasangan berkenaan mengembang­kan perniagaan ini ke seluruh dunia.

Sehingga kini, Sunrider mengedarka­n lebih 400 produk yang memenang anugerah ke 50 negara dan rantau. Ia mempunyai enam kilang pengeluara­n yang terletak di AS (1), China (3) Singapura (1) dan Taiwan (1) — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia