Utusan Borneo (Sarawak)

Mpire Asia lancar van Foton 18 tempat duduk View C2, View CS2

-

Mpire Asia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan jenama Foton dari China baru-baru ini melancarka­n model baharu van dengan 18 tempat duduk, View C2 4.8M Panel Van dan View CS2 6M Window Van, di pusat jualan, penyenggar­aan dan alat-alat ganti (3S) pertamanya di Glenmarie, dekat sini.

Pengarah Urusan Mpire Group Datuk Billy Goh berkata sebagai peneraju pasaran di China, Foton menghasilk­an kenderaan bertaraf dunia yang relevan bagi pengguna yang bercita rasa tinggi di negara tersebut.

“Saya yakin kenderaaan Foton yang dibawa masuk ke Malaysia akan dapat memenuhi standard tinggi ciri-ciri, kualiti dan kecekapan bahan api yang dicari oleh pembeli Malaysia,” katanya.

Goh berkata syarikat itu menyasar menjual kira-kira 1,200 unit kedua- dua kenderaan tersebut tahun depan dan akan menumpu memastikan jenama Foton bertapak lebih kukuh di Malaysia.

“Kami memiliki produk yang baik di sini di Mpire, kami mahu menumpukan kepada perkhidmat­an selepas jualan kami. Kami merancang membuka pusat 3S kami di Butterwort­h dan Johor Bharu dalam separuh pertama tahun depan,” katanya.

Sejajar dengan pelancaran kenderaan baharu itu, Mpire Asia juga melancarka­n talian bebas tolnya 1300-22-3399 dan pasukan respons servis 24 jam yang akan meliputi semua negeri di Semenanjun­g Malaysia.

Model View C2 dan View CS2 masing-masing berharga RM83,888 dan RM143,888 di atas jalan tanpa insurans dan kedua-dua kenderaan itu mempunyai jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer, satusatuny­a yang terdapat dalam pasaran.

Seramai 100 pelanggan pertama akan menerima sistem penentu kedudukan sejagat ( GPS) percuma, cukai jalan tahun pertama percuma kamera dalam kenderaan perkhidmat­an penyenggar­aan percuma bagi dua tahun dan tuntutan empat tayar pertama bagi tempoh 18 bulan pertama — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia