Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan SPLASH beri kesan kepada untung Q1 Gamuda

-

Syarikat kejurutera­an dan pembinaan, Gamuda Bhd menyaksika­n keuntungan bersihnya jatuh 16 peratus kepada RM172.04 juta bagi suku pertama ( Q1) berakhir 31 Julai 2018 berbanding RM204.07 juta yang dicatat pada sama suku sebelum ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Gamuda mengaitkan pendapatan yang lebih rendah itu kepada pelupusan 40 peratus peganganny­a dalam Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

“Pendapatan kumpulan yang lebih rendah adalah kerana Kumpulan telah berhenti mengiktira­f bahagian keuntungan SPLASH berkuat kuasa daripada suku ini berikutan penjualan Splash pada penghujung tahun kewangan yang lalu,” katanya.

Pendapatan bagi suku berkenaan lebih tinggi kepada RM903.88 juta berbanding RM770.76 juta sebelum ini.

Gamuda berkata, projek luar negara menyumbang 70 peratus kepada pendapatan hartanah.

“Gamuda Land menjana 70 peratus daripada pendapatan hartanah daripada projek luar negara yang dipacu oleh jualan dua projeknya di Vietnam, Celadon City di Ho Chi Minh City dan Gamuda City di Hanoi dan GEM Residences di Singapura yang hampir habis dijual. “

Ia berkata, bahagian pembinaan menyaksika­n pendapatan yang lebih rendah berikutan sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 2 Lembah Klang.

“Sementara itu, kerjakerja Lebuhrayai Pan Borneo di Sarawak – Pantu Junction ke Batang Skrang sedang berjalan mengikut jadual,” katanya.

Mengenai prospek, Gamuda berkata, kumpulan menjangka sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada perniagaan konsesi air pada tahun kewangan semasa berikutan pelupusan Splash pada tahun kewangan sebelumnya.

“Sumbangan keuntungan daripada Gamuda Engineerin­g juga akan terjejas oleh penguranga­n nilai kontrak projek MRT Laluan 2 berikutan rundingan semula dengan kerajaan.

“Bagaimanap­un, kumpulan menjangka prestasi yang memuaskan tahun ini dipacu oleh jualan hartanah di luar negara, terutama di Vietnam dan Singapura, kemajuan MRT Laluan 2 terus meningkat dan sumbangan pendapatan mantap dari bahagian lebuh raya.”

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2019, Gamuda mengisytih­arkan dividen interim sebanyak 6.00 sen sesaham biasa yang akan dibayar pada 25 Januari 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia