Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK ‘LUBUK’ ATLET MUAYTHAI BERWIBAWA

Prestasi cemerlang ditunjukka­n termasuk memenangi pingat emas di peringkat kebangsaan buktikan Sarawak miliki atlet berkaliber

- Oleh Marlinda Mardzuki

Meskipun masih baharu, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak ( PMNS) berjaya merangku pingat emas dalam kejohanan Sukan Malaysia ( SUKMA) Sarawak dan beberapa kemenangan di peringkat antarabang­sa.” Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Sarawak berupaya untuk melahirkan atlet sukan muaythai yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, prestasi cemerlang yang ditunjukka­n atlet muaythai termasuk memenangi pingat emas di peringkat kebangsaan membuktika­n Sarawak memiliki atlet yang berkaliber.

“Meskipun masih baharu, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak ( PMNS) berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dan beberapa kemenangan di peringkat antarabang­sa.

“Oleh itu, tahniah kepada persatuan ini kerana berjaya meningkatk­an imej sukan muaythai sekali gus menjadikan ia sebagai satu acara penting dalam sukan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Muaythai Sarawak Piala Ketua Menteri Sarawak di Tebingan Kuching di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Presiden PMNS Jumaat Ibrahim.

Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak akan sentiasa memberi bantuan dalam meningkatk­an mutu industri sukan negeri ini.

“Malah, saya juga bersetuju dengan permintaan daripada Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ( Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) yang akan memperluas­kan lagi kampung sukan di Petra Jaya.

“Kampung sukan ini akan kita bangunkan bersebelah­an stadium negeri. Ia akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan termasuk kemudahan latihan dan sukan- sukan yang ada kaitan dengan Sarawak untuk melatihkan atlet di peringkat SUKMA dan antarabang­sa,” jelasnya.

Beliau berharap perlawanan dalam sukan muaythai akan memperting­katkan lagi standard permainan dan seterusnya memberi fahaman yang baik dalam usaha memajukan sukan kita.

Sementara itu, Jumaat memberitah­u pihaknya telah berusaha keras memastikan sukan muaythai bukan sahaja berjaya di Sarawak tetapi juga di Malaysia amnya.

Bagaimanap­un katanya, persatuan berkenaan turut memerlukan sokongan Kerajan Sarawak agar sukan muaythai Sarawak terus maju dan dikenali di seluruh dunia.

“Dengan sukan muaytha ini, insya- Allah atlet- atlet kita pasti akan membanggak­an Sarawak di mata dunia,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari menyampaik­an hadiah Kejohanan Muaytha Sarawak untuk Piala Ketua Menteri Sarawak kepada Morris Hii dari Kelab Muaythai Miri D30.

Morris mengalahka­n Abang Muhammad Uqai Mustapha daripada Kelab Warmonger Sarawak sekal gus meraih tempat kedua kejohanan tersebut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an Piala Ketua Menteri Sarawak kepada Morris pada Kejohanan Muaythai Sarawak di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan, Abang Abdul Wahap dan Jumaat (kiri).
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an Piala Ketua Menteri Sarawak kepada Morris pada Kejohanan Muaythai Sarawak di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan, Abang Abdul Wahap dan Jumaat (kiri).
 ??  ?? TAMPAK PUAS: Kelihatan pemain PP MSNS Miri dan PP MSNS Bintulu puas hati dengan perlawanan persahabat­an yang menyaksika­n kemenangan berpihak kepada PP MSNS Miri, petang kelmarin.
TAMPAK PUAS: Kelihatan pemain PP MSNS Miri dan PP MSNS Bintulu puas hati dengan perlawanan persahabat­an yang menyaksika­n kemenangan berpihak kepada PP MSNS Miri, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia