Utusan Borneo (Sarawak)

Chong sepatutnya cari penyelesai­an ringan beban rakyat, bukan agihan kerusi

-

Keutamaan harus diberi oleh Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen untuk mencari penyelesai­an bagi meringanka­n beban hidup rakyat Sarawak dan bukannya bercakap mengenai agihan kerusi.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Michael Tiang berkata, ini bukan masa sesuai untuk Chong yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan pengerusi DAP Sarawak bercakap mengenai agihan kerusi.

Sebaliknya menurut Tiang, ada baiknya jika Chong sebagai timbalan menteri di peringkat kerajaan persekutua­n membantu rakyat Sarawak dengan inisiatif atau penyelesai­an yang dapat meringanka­n beban hidup rakyat masa kini.

“Apa yang lebih dibimbangi rakyat Sarawak ketika ini ialah apa yang kerajaan PH telah buat untuk meringanka­n beban hidup mereka.

“Semua orang mengeluh harga barang naik lebihlebih lagi menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang pertama di bawah kerajaan PH.

“Tetapi adakah mereka (pemimpin PH) mendengar keluhan ini? Saya mahu Chong turun padang dan bercakap dengan rakyat adakah mereka gembira atau adakah mereka bimbang,” katanya ketika ditemu bual semalam.

Terdahulu Tiang mengadakan sidang media mengenai Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP yang akan berlangsun­g pada 5 Februari ini di Dewan Sa’ati ibu pejabat SUPP di sini.

Tambah Tiang, baru-baru ini Kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperkena­lkan subsidi tiket penerbanga­n kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) balik ke Sarawak ketika musim perayaan.

Ini adalah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n untuk membantu para penuntu IPT tetapi kerajaan PH gaga membantu mereka.

Sebab itu pelajar IPT dar Sarawak yang menuntut d luar merayu kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Sarawak memperkena­lkan inisiatif subsidi RM600 yang boleh dipohon dua kali setahun.

“Saya menggesa kerajaan PH terutama wakil Sarawak seperti Chong dan Menter Kerja Raya Baru Bian bercakap bagi Sarawak dan membantu Sarawak dengan penyelesai­an seperti yang dilakukan Kerajaan Sarawak,” katanya

 ??  ?? BANTULAH RAKYAT: Tiang (kanan) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP di Kuching semalam, bersama Ketua Wanita SUPP Kho Teck Wan.
BANTULAH RAKYAT: Tiang (kanan) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP di Kuching semalam, bersama Ketua Wanita SUPP Kho Teck Wan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia