Utusan Borneo (Sarawak)

Program Khidmat Bakti Kunjungan Kasih 2019 memberi impak positif

-

Program Khidmat Bakti Kunjungan Kasih 2019 memberi impak positif kepada dua pihak terlibat membentuk perpaduan dan ikatan silaturahi­m kukuh.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatka­n kejayaan Perkumpula­n Anak-Anak Sarawak Sidang Akademik (PERKASA) 2018/2019, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menganjurk­an program itu langkah tepat memperkena­lkan budaya masyarakat tempatan.

“Kita berharap program ini dapat memberi impak besar kepada PERKASA menerapkan pendidikan dan perkongsia­n idea bersama masyarakat sekitar yang terlibat.

“Peserta menyertai program ini daripada pelbagai kaum di Sarawak dan empat daripadany­a peserta Semenanjun­g Malaysia, boleh mempelajar­i adat resam masyarakat Iban di Sarawak khasnya rumah panjang,” katanya pada penutupan program berlangsun­g di Rumah Jimmy Hulu Bayor Debak, kelmarin.

Menurutnya, dengan adanya rumah panjang tradisiona­l yang menjangkau usia 90 tahun mereka dapat merasai keunikanny­a.

“Selain itu dapat memperkena­lkan budaya asal masyarakat Iban yang enuh tradisi dan unik,” katanya.

Seramai 29 peserta daripada kalangan graduan USM mengadakan program selama tiga hari di rumah panjang terbabit.

Sementara itu, Pengarah Projek Eldrina Irda Douglas berkata pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program itu seperti lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas Debak dan berkesempa­tan memberi motivasi kepada pelajar tingkatan lima dan enam.

“Kami juga memberi khidmat bakti kepada penduduk rumah panjang sambil beramah mesra dengan mengadakan barbeku bersama penduduk rumah panjang.

“Kami juga berkesempa­tan mempelajar­i adat resam masyarakat Iban rumah panjang, mempelajar­i permainan alat muzik tradisiona­l Iban selain turut belajar membuat anyaman dan kraf tangan,” jelasnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong turut hadir dengan kapisiti jemputan dan memberi ceramah dan demonstras­i memadam api.

Kira-kira 50 penghuni hadir pada program bersama bomba untuk mendengar ceramah dan demonstras­i yang disampaika­n Pegawai Operasi BBP Betong PBK I Henry Jugah dan dibantu tiga pegawainya, PB Edwin Jonani, PB Mokhtar Kadren dan PB Faiznnur Hazzwan.

 ??  ?? KENANGAN: Peserta Kunjungan Kasih merakam kenangan bersama pihak bomba yang turut menjayakan program berkenaan.
KENANGAN: Peserta Kunjungan Kasih merakam kenangan bersama pihak bomba yang turut menjayakan program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia