Utusan Borneo (Sarawak)

Anak Dayak perlu dididik mengenai budaya bangsa

Sesetengah acara Dayak lebih gemar tampilkan persembaha­n bukan kebudayaan seperti poco-poco: Penguang

- Oleh Sudan Ajang

Saya tidak menentang persembaha­n pocopoco, saya tahu ini era moden tapi

“jangan lupa identiti dan budaya kita.

MIRI: Generasi muda Dayak perlu didedah dan dididik mengenai budaya bangsa sejak usia muda dengan melibatkan diri dalam aktiviti atau pertanding­an kebudayaan.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, terdapat sesetengah acara Dayak lebih gemar menampilka­n persembaha­n bukan kebudayaan seperti poco-poco berbanding persembaha­n kebudayaan sendiri.

“Saya tidak menentang persembaha­n poco-poco, saya tahu ini era moden tapi jangan lupa identiti dan budaya kita,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Kelab Kebudayaan 2019 Persatuan Dayak Miri (DAM) di Kelab Gymkhana Miri semalam.

Hadir sama Datuk Bandar Miri Adam Yii, Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf, Presiden DAM Serawa Budol dan pengerusi penganjur Jacqueline Selaka.

Mengulas lanjut, kebanyakan peralatan muzik tradisiona­l Iban dimainkan oleh generasi tua, justeru persatuan seperti DAM patut melatih lebih ramai generasi muda sebagai pelapis masa depan.

“Kita wajar mempromosi­kan aktiviti kebudayaan lebih kerap. Misalnya di kampung, saya akan menganjurk­an pertanding­an ‘betabuh’ di kalangan kanak- kanak.

Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

Tidak mengapa sama ada mereka pandai betaboh atau tidak, yang penting pendedahan awal.

“Saya berpendapa­t DAM pun boleh melakukan yang sama. Mungkin boleh mewujudkan seksyen kecil pertand- ingan untuk kanak- kanak kerana suatu hari nanti mereka akan meneruskan warisan ini,” katanya.

Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi berkata, malah mereka yang betaboh pada majlis itu semalam pun terdiri daripada golongan dewasa, sekiranya generasi muda tidak dilatih adalah sukar untuk mencari pelapis pada masa depan.

Sementara itu Kelas Kebudayaan DAM 2019 bermula semalam dengan Kelas Ngajat bermula 4 Februari hingga 4 April. Kelas ini dianjurkan dengan kerjasama Institut Latihan Perindustr­ian (ILP).

Selain itu Kelas Betaboh mulai 4 hingga 29 Mac, Kelas Menganyam Tikar (2 hingga 31 Mac), Kelas Menganyam Bakul (2 hingga 31 Mac) dan Kelas Membuat ‘Sugu Tinggi’ (2 hingga 30 April).

Pada majlis tersebut Penguang turut mengumumka­n peruntukan RM10,000 untuk membiayai aktiviti tahunan DAM.

Beliau berharap DAM akan memperluas­kan aktiviti mereka di luar Miri termasuk ke Marudi agar lebih ramai masyarakat mendapat manfaat.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Serawa memakaikan baju tenunan kepada Penguang sebagai penghargaa­n selepas merasmikan pelancaran Kelab Kebudayaan 2019 Persatuan Dayak Miri (DAM) di Kelab Gymkhana Miri semalam. Kelihatan sama (dua kanan) Jacqueline, Yii dan Abdul Aziz (dua kiri).
PENGHARGAA­N: Serawa memakaikan baju tenunan kepada Penguang sebagai penghargaa­n selepas merasmikan pelancaran Kelab Kebudayaan 2019 Persatuan Dayak Miri (DAM) di Kelab Gymkhana Miri semalam. Kelihatan sama (dua kanan) Jacqueline, Yii dan Abdul Aziz (dua kiri).
 ??  ?? BENGKEL HFMD: Peserta menyertai Bengkel HFMD di Dewan Suarah Sibu.
BENGKEL HFMD: Peserta menyertai Bengkel HFMD di Dewan Suarah Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia