Utusan Borneo (Sarawak)

120 ibu tunggal di kawasan Dudong terima sumbangan

-

Kira-kira 120 ibu tunggal kurang berkemampu­an di kawasan Dudong menerima sumbangan berupa sekampit beras, buah limau dan angpau daripada Unit Wanita Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dudong di sini semalam.

Ketua Unit Wanita UPP Dudong Kapitan Connie Loh berkata, sumbangan itu untuk membantu meringanka­n beban mereka membuat persediaan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada Selasa ini.

“Golongan ibu tunggal antara kumpulan perlu dijaga dan diberi bantuan sewajarnya dan bukan suatu tugas mudah bagi ibu tunggal menyara keluarga.

“Oleh itu, sumbangan kita berikan pada hari ini diharap dapat meringanka­n beban mereka walaupun tidak seberapa.

“Apa yang penting, kita mahu mereka tahu bahawa kita sentiasa mengambil berat kebajikan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n sumbangan tersebut.

Connie menambah, pada 2015 mereka menubuhkan Tabung ‘I-Care’ bertujuan membantu golongan ibu tung- gal di kawasan Dudong.

Menurutnya, sehingga kini lebih 100 ibu tunggal di kawasan itu mendapat manfaat daripada penubuhan tabung tersebut

“Walaupun apa yang kita bantu mereka adalah terhad, sekurang-kurangnya mereka boleh berjumpa dengan kita apabila mereka berhadapan kesulitan atau memerlukan pertolonga­n,” katanya.

Sementara itu, keceriaan jelas terpancar pada wajah ibu-ibu tunggal yang menerima sumbangan tersebut.

 ??  ?? PRIHATIN: Connie (berdiri, empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal sambil disaksikan penerima lain.
PRIHATIN: Connie (berdiri, empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal sambil disaksikan penerima lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia