Utusan Borneo (Sarawak)

Kes saman Presiden PAS terhadap editor Sarawak Report diselesai di luar mahkamah

-

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesai­kan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di luar mahkamah.

Setiausaha Politik Presiden PAS Syahir Sulaiman dalam satu kenyataan berkata perkara itu diputuskan Abdul Hadi setelah meneliti keseluruha­n tindakan mahkamah yang telah difailkan terhadap Rewcastle-Brown daripada semua aspek selain mempertimb­ang pandangan serta nasihat peguam beliau.

“Adalah dimaklumka­n bahawa YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk memuktamad­kan penyelesai­an di luar mahkamah melalui Perintah Persetujua­n ( Consent Order) bertarikh 1 Feb 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division),” katanya.

Beliau berkata penyelesai­an itu melibatkan Abdul Hadi menarik balik tuntutan terhadap defendan iaitu RewcastleB­rown serta defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Presiden PAS berkenaan.

Penyelesai­an itu juga melibatkan tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs) dan kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujua­n kerahsiaan mengenai termaterma berkaitan penyelesai­an itu.

Syahir berkata Abdul Hadi turut mengucapka­n terima kasih kepada barisan peguam, anggota PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes tersebut.

Prosiding fitnah itu difailkan pada 21 April 2017 bagi mendapatka­n ganti rugi dan suatu perintah injunksi berikutan penyiaran satu artikel fitnah dalam laman web Sarawak Report pada 6 Ogos 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia