Utusan Borneo (Sarawak)

‘Plan Cinta’ lakonan Redza Rosli & Azar Azmi dalam slot Iris TV3

-

DALAM satu pertemuaan yang tak disangka, telah membibitka­n rasa cinta di hati Redza Rosli buat pelakon baharu, Azar Azmi. Namun, kerana takut abang kandung Azar tidak merestui percintaaa­n mereka, Redza dan Azar membuat keputusan untuk merahsiaka­n perhubunga­n mereka.

Tetapi hubungan yang dirahsiaka­n itu hanyalah di dalam drama terbaharu lakonan mereka iaitu ‘Plan Cinta’ yang kini sedang ditayangka­n di slot Iris sejak 29 Januari lepas.

Drama 20 episod yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini mengisahka­n ragam Nizam (Redza) yang mahu memikat Alisya (Azar), adik kepada kawan baiknya sendiri. Alisya belajar di luar negara dan pulang bercuti semester selama enam bulan.

Kepulangan Alisya juga adalah untuk meraikan hari perkahwina­n abangnya, Ismadi. Tidak mahu membuang masa dan ingin mencari pendapatan sampingan bagi menampung perbelanja­annya di luar negara itu, Alisya telah memohon jawatan sebagai guru sandaran di kampungnya.

Pertemuan dengan Nizam, di sebuah taman akibat insiden yang tidak disengajak­an telah membibitka­n perasaan cinta namun keduanya menafikan perasaan.

Mereka bertemu sekali lagi apabila Nizam menjadi jurugambar bagi perkahwina­n Ismadi dan Mira. Hati Nizam benar- benar terpaut melihat Alisya dan ingin memikat Alisya.

Plan memikat Alisya menjadi mudah apabila Rahmah (Didie Alias), ibu Alisya menyokong niat Nizam.

Rahmah tidak mahu Alisya terus menetap di luar negara setelah dia tamat belajar kelak.

Selain perlu merahsiaka­n hubungan mereka daripada Ismadi (Nazrief Nazri), perhubunga­n mereka terganggu apabila Alisya turut diminati oleh Cikgu Irsyad.

Ikuti ragam cinta Nizam dan Alisya dilakonkan oleh Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor dan Ain Sufia setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my.

Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysi­a, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @ dramasanga­t.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia