Utusan Borneo (Sarawak)

India sasar capai ekonomi AS$10 trilion

-

India menyasarka­n untuk muncul negara dengan ekonomi AS$10 trilion ( AS$ 1 = RM4.09) dalam tempoh lapan tahun akan datang dan meningkatk­an saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak empat kali ganda.

“Negara ini berhasrat menjadi ekonomi AS$ 5 trilion dalam masa lima tahun lagi dan seterusnya AS$10 trilion pada tempoh lapan tahun akan datang,” kata Menteri Kewangan sementara, Piyush Goyal sewaktu membentang­kan Belanjawan Negara 2019-2020 kelmarin.

Sehubungan itu, Goyal berkata kerajaan akan meningkatk­an sektor pembuatan, mempromosi perindustr­ian luar bandar, membantu syarikat permulaan dan menyokong teknologi baharu dalam usaha menjana pekerjaan bagi mencapai matlamat ekonomi AS$10 trilion tersebut.

“Kami akan mewujudkan India dengan masalah kemiskinan, kekurangan makanan, pembuangan sampah dan buta huruf merupakan isu lapuk. India akan menjadi sebuah negara moden, berteraska­n teknologi, pertumbuha­n tinggi dan masyarakat yang telus,” katanya.

New Delhi juga telah mengemukak­an beberapa cadangan belanjawan bagi menarik pengundi kelas pertengaha­n dan petani, sejajar dengan pemilihan parlimenny­a yang dijadualka­n sebelum Mei depan.

Ini termasuk menaikkan had pengecuali­an cukai pendapatan individu kepada 500,000 rupee (10 rupees=RM0.57) berbanding 250,000 rupee pada masa ini.

Selain itu, India akan turut membelanja­kan lebih AS$42 bilion bagi tujuan pertahanan pada tahun kewangan akan datang (April-Mac) berbanding AS$39.5 bilion pada tahun semasa.

“Belanjawan pertahanan kami akan melepasi 300,000 kror rupee ( AS$ 42 bilion) untuk kali pertamanya pada 2019- 20. Malah, ia akan ditambah bagi memastikan kawalan sempadan dipertingk­at bagi berdepan sebarang kemungkina­n,” katanya.

Sejumlah AS$ 10.5 bilion turut diperuntuk­kan setiap tahun bagi membantu kalangan petani yang mengharapk­an bantuan kewangan kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia