Utusan Borneo (Sarawak)

Aspen, IKEA labur RM2.6b dalam pembanguna­n bertaraf dunia

-

Lebih daripada RM2.6 bilion telah dilaburkan oleh syarikat usaha sama (JV) yang dibentuk oleh Aspen Group Sdn Bhd dan IKEA Southeast Asia ke atas Aspen Vision City, sebuah metropolis berkeluasa­n 99.15 hektar di Pulau Pinang.

Aspen Vision City merupakan sebuah pembanguna­n bersepadu bercampur-campur yang dirancang dalam pelbagai fasa, ia dibangunka­n untuk menjadi hab komersil dan pusat perniagaan di Batu Kawan, dengan komponenko­mponen utama seperti Central Island Park, Kawasan Komersil Vervea, Hotel Aloft dan gedung IKEA yang pertama di utara Semenanjun­g Malaysia.

Presiden Kumpulan Aspen, Datuk M Murly berkata sejumlah RM105 juta telah dilaburkan untuk fasa pertama Central Island Park yang mempunyai mercu tanda pancutan air setinggi 50 meter, sekarang ini menjadi tarikan utama Pulau Pinang sejak ia dibuka pada Oktober tahun lepas.

Kawasan Komersil Vervea, yang disiapkan pada Disember 2018, mempunyai nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM845 juta, dengan RM60 juta telah dilaburkan untuk pembanguna­n sebuah pusat pameran dan perdaganga­n berkeluasa­n 3,530 meter persegi serta RM25 juta lagi, bagi bumbung ETFE pusat tersebut.

“Bercakap mengenai Vervea, kami harap pusat itu akan dibuka mulai suku pertama dan kami mengalualu­kan jenama dan penyewa tempatan yang mampu menampung keperluan masyarakat di bandar itu,” katanya, sambil menjelaska­n, syarikat JV berkenaan masih mempunyai kira-kira 28.33 hektar ruang untuk dimajukan pada masa depan.

Terdahulu, Murly dan Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Nazir Ariff mewakili Aspen Group Sdn Bhd bagi memeterai perjanjian dengan Marriott Internatio­nal Incorporat­e Hotel Developmen­t Asia Pacific yang diwakili oleh Naib Presiden Kanan, Kevin Chen dan Pengarah Andree Susilo, untuk mengendali­kan sebuah hotel 5 bintang dengan 308 bilik d bawah jenama Aloft di Batu Kawan.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P Ramasamy.

Sementara itu, Chen berkata pembanguna­n hotelnya di Aspen Vision City menandakan hotel ke-29 Marriott Internatio­nal di Malaysia dengan 25 lagi sedang dalam fasa perancanga­n atau sedang dibina.

“Ini menjadikan Marriot Internatio­nal sebagai hote antarabang­sa yang terbesar d Malaysia,” katanya.

Marriott Internatio­nal Incorporat­e (NASDAQ: MAR) berpangkal­an di Bethesda Maryland, USA, ia meliput satu portfolio hartanah melebihi 6,900 hartanah dalam 30 jenama hotel merentasi 130 negara. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI FESYEN: Fesyen Tahun Baharu Cina terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dipamerkan di pasar raya Boulevard Hypermarke­t, Kompleks Beli- Belah Boulevard Shopping Mall Miri.
PELBAGAI FESYEN: Fesyen Tahun Baharu Cina terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dipamerkan di pasar raya Boulevard Hypermarke­t, Kompleks Beli- Belah Boulevard Shopping Mall Miri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia