Utusan Borneo (Sarawak)

PELABURAN SCORE RM80 BILION

Menerusi Pelan Pembanguna­n SCORE, Sarawak dijangka jana kira-kira RM334 bilion dalam bentuk pelaburan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) merekodkan kira-kira RM80 bilion nilai pelaburan awam dan swasta sehingga kini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata menerusi Pelan Pembanguna­n SCORE, Sarawak dijangka menjana kira-kira RM334 bilion dalam bentuk pelaburan.

“Apabila Pelan Pembanguna­n SCORE direalisas­i sepenuhnya menjelang 2030, ia dijangka mewujudkan 1.6 juta peluang pekerjaan baharu terutama bagi golongan muda Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusann­ya sempena Tahun Baharu Cina 2019 semalam.

Abang Johari berkata kejayaan Taman Teknologi Tinggi Samajaya juga amat menggalakk­an.

“Baharu sahaja minggu lepas saya merasmikan fasa pertama fasiliti pengeluara­n elekfoil di Samajaya bernilai RM400 juta.

“Jumlah pelaburan syarikatsy­arikat di Samajaya telah melebihi RM12 bilion dan lebih empat syarikat asing menunjukka­n kesediaan untuk melabur di sana,” jelasnya.

Menurutnya pelabur terutama dari China dan Korea Selatan, akan terus memberi sokongan kepada program perindustr­ian Sarawak khususnya di Taman Perindustr­ian Samalaju dan Taman Teknologi Tinggi Samajaya.

“Ini kerana bagi pelabur dari kedua-dua negara ini, Sarawak mempunyai politik yang stabil, dasar-dasar kita konsisten dan tenaga diperbahar­ui kita mempunyai keupayaan sangat besar,” katanya.

Abang Johari juga yakin ekonomi Sarawak akan berkembang pada kadar menggalakk­an dalam beberapa tahun akan datang disebabkan dasar negeri mengkhusus bagi tujuan itu.

“Seperti yang saya katakan semasa ucapan Belanjawan Sarawak 2019, ekonomi negeri dianggarka­n berkembang pada kadar 5.0 peratus pada 2019 berbanding 4.6 peratus pada 2018 walaupun terdapat cabaran dihadapi dalam ekonomi negara dan global,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata perbelanja­an awam untuk pembanguna­n infrastruk­tur bagi tahun ini dan tahun-tahun mendatang pada rekod tertinggi.

Sarawak tidak akan mengurangk­an jumlah projek (pembanguna­n infrastruk­tur) sebaliknya mempunyai cara untuk membiayai pelaksanaa­nnya dengan mengenakan cukai lima peratus ke atas minyak dan gas.

“Ekonomi berkembang bermaksud akan ada lebih banyak kerja untuk kontraktor dan konsultan kita, lebih banyak perniagaan untuk peniaga hingga ke peruncit kecil-kecilan di bandar di seluruh negeri,” katanya.

 ??  ?? ABANG JOHARI
ABANG JOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia