Utusan Borneo (Sarawak)

Queensland alami hujan lebihi rekod

Banjir ‘setiap seratus tahun’ landa sebahagian besar kawasan timur laut Australia

-

SYDNEY: Banjir yang didakwa berlaku setiap seratus tahun menyaksika­n jalan raya bertukar menjadi sungai dan ribuan penduduk terpaksa meninggalk­an rumah mereka di timur laut Australia, dengan pihak berkuasa memberikan amaran mengenai penurunan hujan seterusnya sepanjang beberapa hari akan datang.

Bahagian utara tropika di Australia mengalami hujan lebat semasa musim monsun pada masa ini setiap tahun, namun banjir terbaharu melampaui paras normal.

Ribuan penduduk di bandar Townsville di timur laut Queensland terputus bekalan elektrik dan lebih 20,000 rumah berdepan risiko ditenggela­mi air sekiranya hujan berterusan.

Kakitangan tentera menghantar puluhan ribu beg pasir kepada penduduk tempatan yang terjejas, ketika Perdana Menteri Queensland Annastacia Palaszczuk memberi amaran kepada penduduk agar berhati-hati.

“Banjir ini secara asasnya bukan sekadar berlaku setiap 20 tahun, sebaliknya kita hanya mengalamin­ya setiap 100 tahun,” beliau memberitah­u wartawan kelmarin.

Biro Meteorolog­i menyatakan jurang monsun yang bergerak perlahan telah berada di atas utara Queensland, dengan beberapa kawasan dijangka menerima penurunan hujan lebih daripada jumlah setahun sebelum keadaan reda.

“Kita dapat melihat hujan yang lebat pada awal minggu depan ketika ia mulai perlahan bergerak keluar ke Laut Karang,” ahli meteorolog­i Jonathan How memberitah­u badan penyiaran negara ABC semalam.

Wilayah itu menerima anggaran kira-kira 2,000 milim- eter hujan setiap tahun namun beberapa pekan dijangka melepasi jumlah berkenaan.

Pekan Ingham menerima 506 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam di antara Sabtu dan Ahad, di mana 145 milimeter turun dalam masa hanya sejam, tambah beliau.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini,” penduduk Townsville Chris Brookehous­e memberitah­u ABC, sambil menambah bahawa air melebihi satu meter telah membanjiri rumahnya.

“Paras air amat mengejutka­n, bahagian bawah rumah tidak lagi kelihatan, peti sejuk dan peti pendingin sudah terapung.

“Lima atau enam langkah lagi serta bahagian atas rumah juga akan tenggelam,” katanya.

Blazak menyatakan bahawa dengan keadaan cuaca buruk diramalkan berterusan lebih 72 jam, beberapa wilayah mungkin melihat paras penurunan hujan mengatasi rekod.

Keadaan dijangka reda pada Khamis, walaupun keadaan cuaca akan berubah sepanjang minggu tersebut, tambah beliau. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TENGGELAM: Banjir melanda Taman Bicentenni­al di Queensland dalam gambar rakaman video dron bomba, semalam.
— Gambar Reuters TENGGELAM: Banjir melanda Taman Bicentenni­al di Queensland dalam gambar rakaman video dron bomba, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia