Utusan Borneo (Sarawak)

PEMUDA ALAMI KEMURUNGAN DITEMUI MATI TERGANTUNG

-

KUCHING: Seorang pemuda yang dipercayai mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di RPR Batu Kawa di sini malam kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhasaan, mangsa berusia 25 tahun ditemui tergantung sekitar jam 9.36 malam pada 2 Februari lalu.

“Punca mangsa gantung diri tidak dapat dipastikan dan menurut bapanya, mangsa sejak dua hingga tiga hari kebelakang­an ini berada dalam keadaan murung dan kurang bercakap,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Aidil berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa menggantun­g diri dengan menggunaka­n wayar dipercayai wayar mesin pencetak dalam keadaan lututnya berada di atas lantai dengan kedua-dua belah kakinya berlipat.

Jelasnya, menurut abang kandung mangsa, pada hari kejadian dia dan bapanya keluar bekerja pada jam 7.30 pagi dan selesai kerja jam 5 petang.

Tambahnya lagi, abang mangsa tidak terus balik ke rumah tetapi melepak di rumah taukenya di lorong yang sama dengan rumah mereka sehingga jam 8 malam.

“Sebelum balik ke rumah, abang mangsa pergi ke kedai untuk membeli juadah makan malam dan setibanya di rumah sekitar jam 8.30 malam, dia ternampak adiknya dalam keadaan leher terjerut dengan wayar yang diikat di bahagian kayu bumbung rumah dan duduk dengan keadaan kakinya berlipat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital umum Sarawak yang tiba di lokasi,” jelas Aidil.

Beliau memberitah­u, pihaknya juga tidak menemui dokumen pengenalan pada mayat mangsa kerana bapa mangsa tidak pernah memohon mendapatka­n kad pengenalan di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) ekoran sijil kelahiran mangsa disimpan ibu kandungnya.

Difahamkan keluarga itu berasal dari Rumah Dee Kerpok Lingga, Sri Aman dan ibu bapa mangsa telah lama bercerai dan mangsa mengikut bapanya sejak 10 tahun lepas.

Selain itu, Aidil mendedahka­n, hasil temu bual bersama beberapa penduduk yang berada di lokasi kejadian memaklumka­n bahawa mereka tidak ada mendengar apa-apa pergaduhan dari rumah jirannya sepanjang hari tersebut.

“Siasatan awal terhadap tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kesan unsur jenayah berlaku.

“Justeru, mayat mangsa dihantarka­n ke Bilik Mayat Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

 ??  ?? MENYAYAT HATI: Mangsa ditemui mati dalam keadaan tergantung.
MENYAYAT HATI: Mangsa ditemui mati dalam keadaan tergantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia