Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar kolej swasta diberkas bersama 79.50 gram ganja

-

Seorang pelajar kolej swasta diberkas bersama 79.50 gram ganja bernila RM795 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Haji Hassan di sini petang Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata, tangkapan itu dijalankan menerus Ops Sulit melibatkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, pada 1 Februari lalu sekitar jam 4.30 petang, pasukan JSJ Narkotik IPK Sarawak telah melakukan satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Haji Kassan, Kuching dan menahan suspek berusia 22 tahun di ruang tamu rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sahar menjelaska­n, hasil pemeriksaa­n lanjut dalam rumah berkenaan polis menjumpai dan merampas barang seperti kotak kasut mengandung­i 12 peket plastik lutsinar berisi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat kasar 79.50 gram.

Selain itu, dedahnya, sebilah pisau bertulis AME, satu alat timbang digita bertulis AOSAI, satu peket plastik lutsinar berisi peket-peket plastik kosong dan satu bungkus plastik pos ekspres turut dirampas dan ditemui dalam kotak tersebut.

Tegasnya, aktiviti pengedaran bermula pada pertengaha­n 2018 dan suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan dengan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan.

“Malah, saringan awal air kencing terhadap suspek turut mendapati dia positif dadah jenis THC.

“Oleh itu, suspek turut ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya.

Pada masa sama Sahar memberitah­u suspek ditahan reman selama tujuh har selepas diluluskan Mahkamah Majistret Kuching.

 ??  ?? RAMPAS: Bahan bukti yang ditemui d rumah suspek.
RAMPAS: Bahan bukti yang ditemui d rumah suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia