Utusan Borneo (Sarawak)

Harga diesel, petrol terikat kepada harga MOPS

-

Harga diesel dan petrol di stesen minyak di Malaysia terikat kepada harga MOPS (Mean of Platts Singapore) masing-masing.

Menurut kenyataan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen, harga bagi produk yang telah diproses di Asia Tenggara adalah berdasarka­n MOPS.

“Ia merujuk kepada harga purata yang dilaporkan oleh agensi Platts menerusi penilaian harga bagi produk yang telah diproses di hab perdaganga­n Singapura.

“Bagi banyak produk yang telah diproses, MOPS merupakan penanda aras harga bagi pasaran di Asia. Ia ditentukka­n oleh permintaan antarabang­sa dan bekalan untuk setiap jenis produk yang telah diproses seperti diesel, RON95, RON97 dan banyak lagi.

“Sejak beberapa minggu kebelakang­an ini MOPS untuk harga diesel telah naik dengan mendadak berbanding MOPS harga RON95. Ia mungkin berikutan lonjakan permintaan diesel global,” katanya.

Tambah beliau, pada masa lalu MOPS harga diesel adalah sekitar AS$2-3 setong iaitu lebih mahal daripada MOPS harga RON95.

Bagaimanap­un, margin ke- untungan membenarka­n caj oleh pengusaha stesen minyak untuk menjual diesel pada harga lebih murah daripada margin keuntungan untuk jualan RON95, menyebabka­n diesel dijual lebih murah daripada RON95 di semua stesen minyak.

Tegas Chong, ia adalah antara penyebab mengapa harga RON95 kita menjadi lebih murah daripada harga minyak diesel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia