Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan sekolah diminta kekal momentum kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m

-

Pihak pengurusan sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai diminta terus mengekalka­n momentum kecemerlan­gan dalam akademik dan kokurikulu­m.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, usaha itu penting untuk memastikan bidang pendidikan di kawasan itu terus terserlah.

“Dengan usaha ini juga, ia dapat memastikan anakanak di sini terus cemerlang dan seterusnya menjanjika­n masa depan yang lebih baik kepada mereka.

“Pada masa sama, saya ingin menggesa pihak sekolah mengemukak­an keperluan mendesak di sekolah masing-masing kepada Kerajaan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai berkata, generasi muda tidak boleh dikecualik­an daripada menuntut ilmu kerana ia penentu masa depan mereka.

Dalam dunia moden sekarang katanya, ilmu merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian.

“Kekurangan ilmu akan menyebabka­n anak muda sukar mengadapta­si kehidupan yang berubah dengan pesat sehingga terjebak dengan gejala sosial.

“Maka itu, setiap pelajar bermula dari tahun satu perlu dibentuk untuk menjadi generasi muda berilmu,” katanya.

Beliau dalam pada itu, merakamkan penghargaa­n kepada Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai kerana menjadi pendorong kepada kejayaan yang dicapai dalam pendidikan selama ini.

Badan Muafakat itu katanya, dianggotai semua pengetua dan guru besar dari lima sekolah menengah dan 13 sekolah rendah bersama Biro Pendidikan Pantai Damai.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman bergambar kenangan pada Majlis Jamuan Teh Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai di Kuching, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman bergambar kenangan pada Majlis Jamuan Teh Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia