Utusan Borneo (Sarawak)

Masa terbaik pastikan rakyat hidup harmoni

Semua kaum hidup bersama, tiada garis pemisah halang mereka untuk saling memahami

-

KUCHING: Musim perayaan merupakan masa terbaik untuk memastikan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini sentiasa hidup dalam keadaan harmoni.

Perkara itu ditegaskan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2019.

“Saya merasakan tradisi sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak adalah masa terbaik untuk memastikan rakyat kita yang berbilang kaum beramah mesra sekali gus memelihara adat warisan kita yang diamalkan sejak sekian lama dari nenek moyang kita lagi.

“Tetapi, sudah tentu terdapat perubahan dari semasa ke semasa kerana perubahan hidup, namun apa yang penting anak-anak kita dapat mengenali adat budaya dan warisan mereka,” katanya.

Tun Taib berkata, dengan cara itu, ia dapat memper- tahankan adat, budaya dan warisan kepada generasi baharu.

“Kita dalam suasana yang dapat memahami antara satu sama lain dan keadaan ini tidak memusnahka­n adat budaya kita dan ini membolehka­n orang lain lebih memahami

Saya merasakan tradisi sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak adalah masa terbaik untuk memastikan rakyat kita yang berbilang kaum beramah mesra sekali gus memelihara adat warisan kita yang diamalkan sejak sekian lama dari nenek

” moyang kita lagi.

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

adat budaya kita.

“Malah, bagi ramai antara kita yang hidup lebih baik berbanding mereka yang lain pula, dapat berkongsi makanan dan kegembiraa­n bersama dalam meraikan sambutan perayaan,” jelasnya.

Pada masa sama beliau memberitah­u, masyarakat Cina, Iban, Melayu dan India dapat merasakan bahawa mereka bukanlah hidup secara terpencil atau berasingan.

Tegasnya, semua kaum hidup secara bersama dan tiada garis pemisah yang menghalang mereka daripada memahami antara satu sama lain meskipun berbeza.

Menurut Tun Taib lagi, amalan kunjung mengunjung setiap musim perayaan dapat mempertaha­nkan semangat perpaduan dan keharmonia­n rakyat.

Jelasnya, kerajaan juga giat menjalanka­n usaha memastikan keharmonia­n dan perpaduan antara kaum sentiasa dipelihara dengan baik.

“Saya merasakan suasana inilah yang paling berharga yang ada pada Malaysia yang tidak terdapat di negara lain dan kita telah mempertaha­nkannya sejak sekian lama,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap rakyat dapat bersama-sama mempertaha­nkan amalan ini dan mempraktik­kan serta meraikan setiap sambutan perayaan secara bersama supaya setiap masyarakat tidak berasa terasing dalam meraikan budaya masingmasi­ng.

“Sempena Tahun Baharu Cina 2019 ini, saya mengambil peluang untuk mengucapka­n Gong Xi Fa Cai kepada anda semua,” ujarnya.

 ??  ?? TUN TAIB
TUN TAIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia