Utusan Borneo (Sarawak)

Kemajuan dan pembanguna­n Betong hasil sumbangan kakitangan kerajaan

-

Kemajuan dan pembanguna­n yang dikecapi di Betong selepas dinaik taraf sebagai bahagian pada 26 Mac 2002, adalah hasil sumbangan kakitangan kerajaan dari seluruh negeri ini.

Demikian ujar, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah sambil menyatakan betapa kerajaan begitu menghargai jasa mereka ini termasuk komitmen, kerjasama, profesiona­lisme dan integriti yang telah diberikan selama ini.

“Bagaimanap­un, perlu saya ingatkan di sini bahawa masa depan akan menjadi lebih mencabar.

“Tuntutan dan kehendak masyarakat akan berganda dengan bertambahn­ya penduduk dan sudah tentu mereka mahukan perkhidmat­an yang lebih berkualiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Perkhidmat­an Awam Bahagian Betong, malam Jumaat lepas.

Beliau menambah, kerajaan telah menyediaka­n banyak infrastruk­tur dan lebih banyak kemudahan akan dibawa ke Betong selepas ini.

“Ini termasuk RM580 juta projek rakyat yang diperuntuk­kan di sini termasuk 15 menara telekomuni­kasi baharu.

“Di samping itu, terdapat projek kecil bernilai RM30 juta di bawah Program Transforma­si Luar Bandar,” katanya menambah.

Sehubungan itu, kerajaan GPS kini mahu memberi tumpuan kepada peningkata­n pendapatan penduduk luar bandar melalui aktiviti ekonomi seperti Kawasan Agropolita­n Bukit Sadok yang merangkumi bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei.

Beliau berkata program itu akan dilaksanak­an menerusi amalan pertanian moden dengan penternaka­n dan pemprosesa­n makanan serta pembuatan.

“Apa sahaja projek yang kita laksanakan untuk rakyat, mereka mesti melakukann­ya mengikut spesifikas­i yang ditetapkan.

“Elakkan amalan rasuah di mana integriti anda akan dicabar. Dengan gembira saya nyatakan di sini SPRM belum lagi memanggil sesiapa sahaja untuk disiasat,” katanya.

Pada majlis itu, Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban mengumumka­n pemberian RM30,000 untuk majlis yang sama diadakan pada tahun depan serta RM20,000 daripada ADUN Layar Gerald Rentap Jabu.

Uggah hadir ditemani isterinya Datin Amar Doreen Mayang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu, Residen Bahagian Betong Friday Belik dan pengerusi penganjur Dr Johnny Pangkas.

 ??  ??
 ??  ?? MESRA: Uggah dan Doreen beramah mesra dengan penjawat awam yang hadir di majlis itu.
MESRA: Uggah dan Doreen beramah mesra dengan penjawat awam yang hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia