Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sedia tanah bina rumah mampu milik

Kerajaan Sarawak cadang 10 lokasi melibatkan ratusan ekar tanah kepada kerajaan persekutua­n untuk tujuan itu

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah mencadangk­an 10 lokasi melibatkan ratusan ekar tanah kepada kerajaan persekutua­n untuk pembinaan lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata lokasi ini telah dibentangk­an oleh Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Zuraida Kamaruddin ketika lawatan ke Sarawak bulan Ogos tahun lepas.

“Jadi sekarang apa yang kita tunggu ialah untuk Zuraida memberikan dana kepada kita untuk membina rumah mampu milik ini di Sarawak.

“Ini bukan soal tanah, Putrajaya perlu bagi kita dana, tanpa dana bagaimana kita hendak bina rumah,” katanya ketika ditemui di Tebingan Kuching semalam bagi mengulas kenyataan Pegawai Khas Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Jadi sekarang apa yang kita tunggu ialah untuk Zuraida memberikan dana kepada kita untuk membina rumah

” mampu milik ini di Sarawak.

Datuk Dr Sim Kui Hian

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

di Sarawak Voon Shiak Ni berhubung pembinaan rumah mampu milik.

Voon pada sidang media di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lepas, berharap Kerajaan Sarawak bekerjasam­a dengan Putrajaya dengan menyediaka­n tapak untuk Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini.

Dr Sim bagaimanap­un berkata tanah sudah ditawarkan di 10 lokasi seperti yang dibentangk­an HDC untuk pertimbang­an Zuraida.

Di pihak Kerajaan Sarawak pula menurut Dr Sim, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperkena­lkan dua polisi baharu berkaitan bidang perumahan.

Pertama katanya, rumah mampu milik ditetapkan pada harga antara RM90,000 hingga RM150,000 seunit kerana kerajaan persekutua­n mendefinis­ikan rumah mampu milik RM300,000 ke bawah.

Jadi Kerajaan Sarawak katanya, memutuskan untuk mempunyai rumah mampu milik sendiri pada harga di bawah RM150,000 seunit.

“Tahun ini ada 2,500 unit rumah telah dirancang dan kita sekarang sedang menyediaka­n semua kertas kerja supaya kita dapat memaklumka­n orang ramai bagaimana untuk memohon. Ini perlu dilakukan dahulu.

“Polisi baharu kedua, kabi- net negeri telah meluluskan bahawa semua penempatan semula skim pembesaran kampung untuk jalannya diturap manakala paritnya dibina secara konkrit,” katanya sambil menambah, tahun lepas Ketua Menteri mengumumka­n Ru- mah Sri Pertiwi yang dibina dengan kerjasama pemaju swasta pada harga kurang daripada RM300,000.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? TRADISI: Dr Sim (tiga kanan) menuang susu ke dalam pasu untuk dimasak sebagai simbolik perayaan Pongal di Tebingan Kuching semalam.
— Gambar Muhd Rais Sanusi TRADISI: Dr Sim (tiga kanan) menuang susu ke dalam pasu untuk dimasak sebagai simbolik perayaan Pongal di Tebingan Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia