Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rayong sumbang kerusi roda kepada mangsa kemalangan

-

Terukir senyuman di wajah Robin Enchana, 33, selepas impiannya untuk bebas bergerak tercapai dengan pemberian sebuah kerusi roda yang sangat diimpikann­ya.

Kerusi roda tersebut adalah sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa yang prihatin dengan keadaan Robin yang terpaksa bergantung kepada bantuan ahli keluarga untuk bergerak selepas kakinya patah dalam kemalangan tiga minggu lalu.

Penyerahan kerusi roda tersebut disampaika­n pembantu khas Dr Rayong iaitu Nancy Rangkung bersama rombongan Pemuda Parti Sarawak Bersatu (PSB) Bahagian Engkilili di Rumah Langkop, Marub Atas semalam.

Pemuda PSB yang sebelum ini dikenali Parti Rakyat Bersatu (UPP) cukup dike- nali kerana segera turun padang memberi bantuan yang termampu sebelum bantuan daripada agensi kerajaan tiba.

Jurucakap Pemuda PSB Melo Agan berkata, bantuan yang disalurkan tidak mengira fahaman politik dan batasan bangsa selagi mereka memerlukan bantuan dan termampu dilakukan pihaknya.

“Malang memang tidak berbau namun kami sebagai tiang sokongan kepada YB Johnical akan segera member tindak balas segera sebelum ketibaan bantuan daripada agensi kerajaan serta bantuan susulan terutama daripada wakil rakyat kami,” ujarnya kepada Utusan Borneo.

“Sebelum ini kami dua malam menghadiri majlis berkabung Kapitan Lim Siat Min yang meninggal dunia di susuli pagi ini (semalam) menyerahka­n kerusi roda kepada saudara Robin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia