Masyarakat Cina di Tasik Biru tidak diabaikan
Henry telah membantu dari segi menaik taraf dan membina baharu kira-kira 50 rumah masyarakat Cina
BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Jinep tidak pernah mengabaikan masyarakat Cina yang memerlukan di konstituensinya.
Sejak menjadi wakil rakyat dua tahun lalu, beliau telah membantu dari segi menaik taraf serta membina baharu kira- kira 50 rumah untuk masyarakat berkenaan.
“Saya telah berjalan ke setiap kawasan masyarakat Cina bersama kapitan dan pemanca untuk melawat rumah-rumah penduduk yang usang dan kemudian membaik pulih serta membina baharu rumah tersebut.
“Bantuan ini bukan sahaja diberikan kepada masyarakat yang miskin tetapi juga mangsa kebarakan yang melibatkan dua rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian keika ditemu bual semasa menjalankan program pengagihan buah limau mandarin sempena perayaan Tahun
“
Saya telah berjalan ke setiap kawasan masyarakat Cina bersama kapitan dan pemanca untuk melawat rumah-rumah penduduk yang usang dan kemudian
“membaik pulih serta membina baharu rumah tersebut.
Datuk Henry Jinep ADUN Tasik Biru
Baharu Cina di pekan Bau di sini, semalam.
Turut hadir Pemanca Cina Daerah Bau Bong Jong Long.
Menurut Henry, usahanya itu dapat membantu memberi kediaman lebih baik kepada golongan memerlukan, juga mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri, yang kemudian tampil dengan peruntukan RM1 juta setahun kepada setiap ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tujuan tersebut.
Sementara itu, Henry berkata bantuan pertamanya membina baharu sebuah ru- mah milik seorang warga emas berbangsa Cina juga menjadi lipatan sejarah dalam khidmatnya sebagai wakil rakyat.
Menceritakan lanjut, beliau berkata kisah tersebut amat menyedihkannya namun beliau bersyukur kerana dapat membantu pemiliknya, Chin Ah Tan, 85.
“Rumah pertama masyarakat Cina yang kami bina ialah milik Chin Ah Tan di Kampung Tanjung Batu, Krian dekat pasar Bau tetapi malangnya seminggu sebelum kami menyerahkan rumah itu, dia meninggal dunia,” katanya.