Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan negeri

-

Kerajaan persekutua­n akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan negeri untuk kemajuan rakyat Sarawak.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata masih banyak yang perlu dilakukan di negeri ini.

“Tahun ini adalah Tahun Babi, sudah tentu membawa banyak cabaran kerana kerajaan baharu terus melakukan penambahba­ikan yang sangat diperlukan dalam pentabiran negara.

“Beberapa aspek positif personalit­i seekor babi, iaitu kejujuran, kebolehper­cayaan keikhlasan, keberanian, bijak dan peramah.

“Marilah kita berusaha menunjukka­n ciri- ciri in dengan bekerjasam­a membina negara serta perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2019.

Baru yang juga pengerus Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata, semua pihak mesti bekerja lebih keras untuk membina Sarawak dan Malaysia yang lebih kuat, sihat dan makmur.

“Di Sarawak kita mendapat situasi yang luar biasa, kerajaan negeri adalah pembangkan­g d peringkat persekutua­n.

“Bagaimanap­un, kerajaan persekutua­n akan terus bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak bagi kemajuan rakya kerana terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan.

“Pada masa sama, kita mest teruskan dengan mesej perubahan untuk lebih baik. Melalui kerja keras dan teladan mesej itu pasti akan tersebar terus ke seluruh Sarawak yang kita cintai,” ujarnya.

Ahli Parlimen Selangau dan Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Ba’Kelalan itu berkata, momentum perubahan tidak dapat dihentikan dan usaha akan dilipatgan­dakan tahun ini kerana kitaran astrologi baharu berlaku pada 2020.

Baru berkata rakyat Malaysia harus meneruskan tradis kunjung mengunjung antara satu sama lain dan meraikan Tahun Baharu Cina bersama jiran dan rakan-rakan.

“Pakatan Harapan akan sentiasa berpendiri­an bahawa kita sebagai masyarakat beragam boleh bersatu padu untuk memilih Malaysia yang bersatu padu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia