Utusan Borneo (Sarawak)

Tahun Baharu Cina hari untuk akrabkan perhubunga­n

Paling penting adalah bertemu ahli keluarga, sanak saudara: Wency

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Tahun Baharu Cina merupakan hari untuk mengakrabk­an perhubunga­n antara ahli keluarga dan sanak-saudara.

Demikian ujar Wency Liaw, 35, yang kini sudah berada di Miri untuk menyambut hari gembira itu bersama ahli keluarga sebelah suaminya, Alan Voon, 38 tahun .

“Kami akan bercuti di Miri iaitu kampung halaman suami saya untuk menyambut Tahun Baharu Cina bermula 3 hingga 8 Februari ini.

“Biasanya majlis makan malam yang wajib dilakukan oleh semua keluarga berbangsa Cina menandakan sudah bermulanya Tahun Baharu Cina,” katanya semalam.

Perkara yang paling penting adalah untuk bertemu dengan ahli keluarga dan sanak-saudara yang sudah lama tidak berjumpa.

Beliau dan suami masingmasi­ng bekerja di Kuching dan telah menyambut Tahun Baharu Cina di sini tahun lepas.

Katanya, semasa makan malam bersama keluarga, Yee Sang tidak semestinya dihidangka­n.

Menurutnya, ia merupakan tradisi Cina Kantonis sedangkan keluarga sebelah suaminya adalah Hakka.

Wency dan suaminya akan memberi angpau kepada anak saudara dan menyambut hari gembira itu bersama ahli keluarga.

Pada masa yang sama, Shereen sedang sibuk menyediaka­n pelbagai hidangan serta kuih-muih sebagai persediaan Tahun Baharu Cina.

Beliau bersama suami dan dua anaknya sibuk mengemas rumah sebelum ini dan anakanak sudah berasa teruja mahu bermain mercun malam ini.

Menu yang selalu beliau sediakan adalah kari kepala ikan dan steamboat untuk majlis makan malam bersama keluarga.

Utusan Borneo sempat ke beberapa lokasi sekitar

Kami akan bercuti di Miri iaitu kampung halaman suami saya untuk menyambut Tahun Baharu Cina bermula 3

” hingga 8 Februari ini.

Wency Liaw

bandar raya Kuching dan ramai masyarakat Cina sibuk membeli barang dapur serta kuih-muih untuk dihidangka­n nanti.

Di Siburan dan Kota Padawan juga kelihatan masyarakat Cina sibuk membeli segala macam barangan.

Di pusat bandar, pusat belibelah dan pasar raya serta tempat borong menjual kekacang masih sibuk sehingga tengah hari semalam.

 ??  ?? BALIK KAMPUNG:Wency (kanan) bersama suaminya, Alan (kiri) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) untuk pulang ke Miri semalam.
BALIK KAMPUNG:Wency (kanan) bersama suaminya, Alan (kiri) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) untuk pulang ke Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia