Utusan Borneo (Sarawak)

Tugu Kucing dinyalakan dengan lampu berwarna jingga dan biru

-

Tugu Kucing yang terletak di hadapan Hotel Grand Margherita di sini dinyalakan dengan lampu berwarna jingga (oren) dan biru selama tiga malam berturuttu­rut bermula malam kelmarin hingga 4 Februari 2019.

Nyalaan lampu jingga dan biru ini merupakan inisiatif Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Pertubuhan Untuk Advokasi dan Kesedaran Kanser Kuching (SCAN) sempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang diraikan pada 4 Februari setiap tahun.

Simbolik perasmian malam kelmarin telah disempurna­kan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan turut dihadiri Presiden SCAN Sew Boon Lui.

Abang Wahap dalam ucapannya berkata, sambutan Hari Kanser Sedunia bertujuan meningkatk­an kesedaran dan pendidikan masyarakat mengenai bahaya penyakit itu serta rawatan yang boleh diambil.

Pada setiap tahun semasa sambutan Hari Kanser Sedunia, banyak bandar di seluruh dunia menyinari mercu tanda ikonik dengan warna jingga dan biru bagi menyatakan komitmen terhadap kanser global.

“Untuk pertama kalinya tahun ini, DBKU bekerjasam­a dengan SCAN untuk mengiktira­f hari penting ini di bandar raya Kuching dan Sarawak secara keseluruha­nnya dengan menyalakan Tugu Kucing yang ikonik di hadapan Hotel Grand Margherita.

“Sebagai datuk bandar saya berasa gembira berpeluang menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Kanser Sedunia dan bersama-sama membantu menyebarka­n kesedaran tentang penyakit ini,” katanya.

Sempena Hari Kanser Sedunia tahun ini, DBKU dan SCAN menyaranka­n kepada semua masyarakat agar mengamalka­n gaya hidup sihat dengan bersenam secara berkala dengan lebih kerap, mengamalka­n gaya hidup sihat dan tampil membuat saringan kanser.

Kanser bukan sahaja memberi kesan terhadap kualiti hidup pesakit itu sendiri, malah turut memberi impak negatif terutama dari segi ekonomi kepada keluarga dan masyarakat.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Wahap melakukan simbolik perasmian nyalaan lampu jingga dan biru pada Tugu Kucing sempena Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari ini.
SIMBOLIK: Abang Wahap melakukan simbolik perasmian nyalaan lampu jingga dan biru pada Tugu Kucing sempena Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia