Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia kaji cadangan wujudkan undang-undang lindungi ibu bapa diabaikan

-

Kerajaan sedia mengkaji cadangan untuk wujudkan undang- undang bagi melindungi ibu bapa yang diabaikan anak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Bagaimanap­un, beliau berkata ia memerlukan kajian secara mendalam dan terperinci sebelum boleh dilaksanak­an.

“Memang tidak wajar manamana pihak mengabaika­n serta mendera ibu bapa dan bagi pendapat saya kalau ada keperluan, kita boleh laksanakan undang-undang sebegini untuk membela nasib warga emas serta memastikan anak tidak sewenang-wenangnya melepaskan tanggungja­wab untuk menjaga ibu bapa,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media semalam yang memetik Ketua Jabatan Pembanguna­n Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rahimah Ibrahim mencadangk­an undang-undang lebih tegas perlu diwujudkan bagi membolehka­n hukuman setimpal dikenakan ke atas anak yang sengaja mengabai atau mendera ibu bapa secara emosi, ter- masuk meninggalk­an mereka bersendiri­an atau di rumah orang tua.

Rahimah berkata hukuman tegas perlu bagi membela nasib warga emas dan memastikan anak tidak sewenang-wenangnya melepaskan tanggung jawab.

Terdahulu, Waytha meluangkan masa selama satu jam mengadakan lawatan dan beramah mesra bersama penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Tong Sim, di sini.

Lawatan berkenaan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Bahrain Idris, Pengarah Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional Negeri Sembilan Salahsiah Hashim serta pengerusi pusat jagaan itu, Chong On Wee.

Waytha dalam lawatan berkenaan menyeru masyarakat menghulurk­an sumbangan dan perhatian kepada warga emas yang diabaikan.

Pada lawatan itu, beliau turut menyampaik­an sumbangan RM20,000 kepada pusat jagaan berkenaan.

Pusat Jagaan Warga Emas Tong Sim ditubuhkan pada 2006, terletak di Taman Rasah di sini dan memberi perlindung­an kepada 10 warga emas setakat ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: P Waytha (kanan) menyantuni penghuni ketika menziarahi Rumah Warga Tua Tong Sim Old Folk’s Home dekat Seremban, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: P Waytha (kanan) menyantuni penghuni ketika menziarahi Rumah Warga Tua Tong Sim Old Folk’s Home dekat Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia