Utusan Borneo (Sarawak)

Guna telefon bimbit ganggu fokus pemanduan 5 hingga 10 saat

-

Budaya menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu secara tidak langsung boleh mengakibat­kan fokus pemanduan terjejas sekitar lima hingga 10 saat atau pada kelajuan normal di lebuh raya, kenderaan seolah-olah bergerak tanpa kawalan kira-kira 160 meter.

Pakar Kejurutera­an Lebuh Raya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Ezree Abdullah berkata ini termasuk pemandu menggunaka­n aplikasi seperti navigasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), menghantar atau menerima mesej, mengemas kini status dalam media sosial dan bermain permainan video.

Dalam situasi itu tidak ra- mai pemandu menyedari yang mereka sebenarnya telah mengalihka­n pandangan pemanduan mereka dan menghilang­kan fokus terhadap kenderaan yang sedang dikawal sekali gus boleh mengundang kemalangan jalan raya, katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Mohd Ezree berkata memandu dalam kesesakan trafik dan kenderaan bergerak perlahan pula seperti di lebuh raya semasa musim perayaan ketika ini seharusnya diberikan tumpuan yang lebih berbanding pemanduan biasa.

“Budaya masyarakat kita bila jalan sesak atau kereta bergerak perlahan sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam, masa itu mereka ambil peluang untuk ‘bermain’ telefon dengan merakam gambar menghantar atau membalas mesej dan bermain permainan video.

Tingkah laku sedemikian boleh mengundang kemalangan kerana ada perkara yang boleh berlaku di luar jangkaan kita seperti kereta di hadapan brek mengejut, motosikal atau kenderaan lain melintas secara tiba- tiba dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Ezree menasihatk­an pemandu mengubah sikap dengan member perhatian yang lebih serius khususnya ketika memandu pada jarak yang jauh dan pada cuti panjang kerana terdapat peningkata­n kenderaan di jalan raya yang boleh menyebabka­n peningkata­n kadar kemalangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia