Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia skim pinjaman bantu usahawan kraf, inap desa

-

Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya menyediaka­n Skim Pinjaman Kraftangan dan Inap Desa yang memperuntu­kkan pinjaman berjumlah RM500 juta bagi menyokong industri kraftangan dan inap desa tahun ini.

Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata peruntukan itu adalah inisiatif kerajaan ke arah memperkasa perusahaan sedia ada sekali gus membantu melonjakka­n pendapatan usahawan kraf.

“Peruntukan ini telah dibuka bermula awal tahun ini dan terbuka kepada semua ushawan kraf termasuk pengusaha batik dan songket selain pengusaha inap desa seluruh negara.

“Kerajaan juga akan membantu meringanka­n beban usahawan dengan memberi subsidi sebanyak dua peratus bagi mengurangk­an faedah pinjaman tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Festival Kraf Tekstil Pantai Timur di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Saraya Arbi dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelanconga­n) Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Festival yang berlangsun­g di Dataran Rehal bermula 31 Jan hingga 9 Feb itu diadakan bagi memperkasa dan mempromosi­kan produk kraf tekstil termasuk batik, songket, tenun Pahang Diraja keluaran komuniti kraf daripada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Seramai 56 usahawan kraf menyertai fertival tersebut yang mengetenga­hkan pelbagai aktiviti termasuk jualan kraf, demonstras­i dan interaktif kraf selain pameran evolusi batik.

Mohamaddin berkata selain mewujudkan kesedaran dan memberi maklumat terkini kepada masyarakat, festival berkenaan juga menjadi platform terbaik bagi mengukuhka­n kerjasama dan rantaian pemasaran dalam kalangan usahawan kraf tekstil Pantai Timur di peringkat domestik dan antarabang­sa.

“Kementeria­n akan terus menyokong usaha dan kesungguha­n usahawan kraf dalam menghasilk­an produk kraf tekstil yang bermutu dan berkualiti,” katanya.

Sementara itu katanya seramai 97 usahawan menerima Sijil Pematuhan Standard yang dikeluarka­n Kraftangan Malaysia membolehka­n mereka diberi keutamaan menyertai program promosi anjuran jabatan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia