Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga murid tidak dapat bantuan RMT diminta buat rayuan

-

Kementeria­n Pendidikan menasihatk­an mana- mana keluarga yang anak mereka tidak layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tetapi merasakan mereka tidak mampu atas alasan tertentu supaya mengemukak­an rayuan di sekolah masing-masing.

Kementeria­n tersebut, dalam kenyataan semalam, berkata Jawatankua­sa RMT akan memberi pertimbang­an khas terhadap rayuan yang dikemukaka­n oleh ibu bapa atau penjaga murid- murid berkenaan.

RMT adalah untuk murid sekolah rendah terutama dari luar bandar dan golongan berpendapa­tan rendah.

Kenyataan itu menyebut ada kemungkina­n sesetengah murid tidak menerima bantuan itu tahun ini disebabkan perubahan dalam pendapatan ibu bapa atau penjaga masingmasi­ng.

“Kementeria­n sentiasa bersedia menghulurk­an sokongan kepada murid- murid yang benar- benar memerlukan bantuan termasuk bantuan RMT, “menurut kenyataan itu.

Menurut kementeria­n itu, syarat pertimbang­an untuk bantuan RMT bagi tahun 2019 masih sama dengan syarat yang digunakan sejak tahun 2014.

Mengenai rungutan ibu bapa dari Johor bahawa anak mereka tidak mendapat bantuan RMT kerana program tersebut dihentikan untuk sesi 2019 seperti tular di media sosial, kementeria­n itu berkata pihaknya telah pun meminta Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pengurusan sekolah murid terbabit untuk meneliti kes tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial bahawa RMT dihentikan tahun ini dengan penyebaran gambar sepucuk surat yang memaklumka­n perkara tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia