Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki ditahan, ketamin RM5.6 juta dirampas

Tiga kenderaan milik suspek selain wang tunai RM8,000 dan seutas jam tangan jenama Titan turut disita

-

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan dan polis merampas 92.7 kilogram (kg) dadah disyaki ketamin bernilai RM5.6 juta dalam operasi di sekitar Selangor Jumaat lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Zulkifli Ali berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki yang ditahan dalam sebuah kereta jenis Nissan Almera di Jalan Jengka, Subang Jaya di sini kira-kira jam 7.40 malam.

Kami percaya dadah itu dibawa dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar

“Lembah Klang... bekalan dadah ini mampu menampung 300,000 pengguna.

Beliau berkata penahanan lelaki berusia 41 tahun itu membawa kepada penemuan 90 bungkusan dadah di dalam bungkusan teh Cina yang disembunyi­kan dalam guni dan diletakkan di tempat duduk belakang kereta itu.

Tangkapan kedua pula melibatkan dua lelaki masingmasi­ng berusia 49 dan 54 tahun di kawasan Rehat & Rawat Sungai Buloh di dalam sebuah kereta Perodua Axia.

“Kami percaya dadah itu dibawa dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang... bekalan dadah ini mampu menampung 300,000 pengguna,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dekat sini semalam.

Zulkifli berkata sebungkus dadah berkenaan dianggarka­n seberat satu kilogram dan dijual dengan harga RM60,000 sehingga RM65,000 di pasaran.

Polis turut menyita tiga kenderaan milik suspek iaitu Toyota Vios, Nissan Almera dan Perodua Axia selain wang tunai RM8,000 dan seutas jam tangan jenama Titan, katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki direman tujuh hari sehingga 8 Feb bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952.

Sementara itu, Zulkifli berkata seramai 17,363 orang ditangkap kerana terlibat dalam kes dadah sepanjang bulan lepas di seluruh negara membabitka­n nilai rampasan RM90.1 juta.

Seramai 16,245 yang ditahan itu rakyat tempatan manakala 1,118 lagi rakyat asing dan dadah-dadah yang dirampas terdiri daripada syabu seberat 611kg; ketamin (10kg); pil eramin 5 (3.34kg) pil yaba (3.19kg); pil ekstas (6.7kg), ganja (5.18kg); dan heroin (83.62kg), katanya — Bernama

DCP Zulkifli Ali

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Ismasuhaim­i (duduk, kiri) menunjukka­n senjata buku lima dan air ketum yang dirampas ketika Operasi Empat Penjuru Polis, JPJ/NFH, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) dan Imigresen di Lebuhraya Darula man berhampira­n Hospital Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Ismasuhaim­i (duduk, kiri) menunjukka­n senjata buku lima dan air ketum yang dirampas ketika Operasi Empat Penjuru Polis, JPJ/NFH, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) dan Imigresen di Lebuhraya Darula man berhampira­n Hospital Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia