Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen mengenai kesalahan trafik diadakan di sekolah dan masjid

-

Pengguna jalan raya dinasihatk­an agar lebih menghormat­i peraturan berbanding takut kepada undang-undang kerana sikap itu boleh membantu mengurangk­an kadar kesalahan serta kemalangan di jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik ( JSPT) Kelantan, Supt S Markandan berkata, orang ramai sebenarnya keliru dengan keadaan itu dan dilihat hanya mematuhi peraturan sekiranya berhadapan dengan pihak berkuasa.

Katanya sebagai contoh, ada pengguna jalan raya hanya akan patuh kepada undangunda­ng seperti memakai tali pinggang keledar atau memandu mengikut had laju apabila berhadapan dengan pihak berkuasa.

“Daripada kesalahan yang biasa dikesan dilakukan pengguna jalan raya termasukla­h memandu laju, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat serta memandu sambil menggunaka­n telefon tangan.

Walaupun sudah banyak tindakan diambil namun pengguna jalan raya dilihat masih belum serik malah ada yang mengulangi kesalahan serupa,” katanya kepada pemberita selepas selesai menjalanka­n kempen keselamata­n jalan raya sempena Ops Selamat Tahun Baharu Cina di sini, semalam.

Markandan berkata, sempena Ops Selamat yang dilancarka­n pada 29 Januari lalu pihaknya membuat pendekatan baharu dalam mendidik masyarakat mengenai peraturan jalan raya.

Menurutnya untuk musim Ops Selamat ini kempen atau syarahan mengenai keselamata­n dan peraturan jalan raya telah dijalankan di 10 buah sekolah dan masjid iaitu satu pendekatan yang belum pernah dibuat sebelum ini.

“Sasaran kami adalah pelajar sekolah serta institut pengajian tinggi yang pulang bercuti yang kebanyakan­nya adalah penunggang motosikal. Kita tidak mahu mereka menghabisk­an cuti semester dengan merempit sahaja tanpa memperduli­kan keselamata­n.

Bagi di masjid kita juga mahu supaya orang ramai lebih berhati- hati ketika pulang daripada masjid khususnya selepas solat Jumaat atau Subuh. Ada sesetengah mereka tidak memakai topi keledar dan hanya membawanya di dalam raga motosikal sahaja,” katanya.

Mengulas mengenai Ops Selamat, sebanyak 2,961 saman dikeluarka­n polis negeri ini dalam tempoh empat hari bermula 29 Januari hingga 1 Februari 2019.

Menurutnya pada tahun lepas sebanyak 1,285 saman dikeluarka­n dan ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 1,676 saman.

“Dalam operasi yang dijalankan selama empat hari, memandu melebihi had laju mencatat pengeluara­n saman tertinggi iaitu sebanyak 1,255 yang kebanyakan­nya di laluan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Markandan berkata orang dari luar Kelantan juga perlu memahami cara pemanduan penduduk di sini supaya tidak terlibat dengan kemalangan dan perlu bersabar serta jangan mudah hilang pertimbang­an.

Katanya sekiranya ada pemandu yang tidak sabar dan cuba memotong kemungkina­n akan berlaku kemalangan yang biasanya berlaku dari arah bertentang­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia