Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ Kedah keluarkan 159 notis dalam Ops Tahun Baharu Cina

-

Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) Kedah mengeluark­an notis saman terhadap 159 pemilik motosikal sejak Ops Tahun Baharu Cina bermula 29 Jan hingga kelmarin.

Pengarah JPJ Kedah, Isma Suhaimi Sharif berkata sehingga malam kelmarin, 621 motosikal diperiksa dan 451 kesalahan dicatatkan, kesalahan paling banyak dikesan tidak memiliki lesen memandu sah, lesen tamat tempoh, tidak menampal lesen P dan menunggang di bawah umur.

“Sebanyak 12 motosikal juga disita sepanjang lima hari operasi dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, beliau bersama 101 anggota JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam Op TBC yang diadakan di hadapan Hospital Lama Alor Setar di sini.

Dalam operasi bermula jam 8 malam kelmarin hingga awal pagi semalam, pihaknya juga menahan dua remaja lelak berumur 15 tahun kerana menunggang motosikal tanpa lesen selain dikesan menyimpan senjata besi buku lima di bawah tempat duduk motosikaln­ya.

Isma Suhaimi berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki berumur 30-an dan menyita motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggang­nya atas kesalahan menukar nombor pendaftara­n bag mengelak daripada dikenakan saman.

“Hasil siasatan mendapat nombor motosikal tersebu telah didaftarka­n atas sebuah lagi motosikal jenis Honda EX5 di Baling,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Penguatkua­sa dan Keselamata­n AADK, Nasru’d-din Abdu Rahman berkata pihaknya juga membuat saringan urin secara rambang terhadap 11 individu dan lima daripadany­a positif dadah.

“Lima individu yang berumur antara 17 dan 43 tahun in positif dadah jenis morfin dan syabu. Selain itu, kami turut merampas enam bungkus air ketum yang dibawa oleh seorang lelaki warga emas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia