Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar kongsi pengalaman ketika berdepan Polar Vortex

Cuaca dingin melampau, suhu mencecah kira-kira -40 darjah Celsius

-

KUALA LUMPUR: Tangan membeku dan sakit. Itu merupakan pengalaman seorang pelajar Malaysia di Iowa State University, Amerika Syarikat berhadapan suhu bawah sifar ketika negara itu dilanda cuaca dingin melampau akibat Polar Vortex.

Wan Abdul Rahman Wan Azhar, 21, pelajar Ijazah Pengurusan Rantaian Bekalan berkata pengalaman­nya berhadapan dengan keadaan sejuk melampau itu ketika keluar dari rumah sewanya ke perhentian bas untuk ke universiti pada Rabu lepas.

Penuntut tahun pertama dari Bukit Jelutong, Selangor itu berkata suhu ketika itu mencecah kira-kira -40 darjah Celsius.

“Saya tak pakai sarung tangan lagi, walaupun ada di dalam poket baju sejuk kerana bergegas takut tertinggal bas. Tidak sampai lima minit, tangan dah rasa macam beku dan sakit,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam. Bagaimanap­un beliau menjelaska­n sakitnya itu tidak berlarutan.

Wan Abdul Rahman ber- kata pada hari tersebut, pihak pengurusan Iowa State University telah mengumumka­n semua kelas pengajian dibatalkan ekoran cuaca ekstrim, namun katanya, beliau masih perlu ke universiti berkenaan kerana membuat kerja sambilan di dewan makan.

Dilaporkan sekurangku­rangnya 12 maut di beberapa negeri di Amerika Syarikat termasuk di Chicago, Michigan, Iowa, Indiana dan Illinois susulan cuaca sejuk melampau yang melanda negara itu.

Seorang lagi penuntut di univerisit­i itu, Muhamad Imran Maszeri, 21, berkata beliau terpaksa memakai empat lapisan pakaian bagi mema- naskan badan untuk keluar ke universiti dan mendapatka­n barang keperluan harian.

Penuntut Ijazah Kejurutera­an Perisian itu berkata, pihak polis menasihatk­an penduduk supaya mengelak berada di luar rumah jika tiada urusan penting kerana cuaca berkenaan boleh mengakibat­kan gigitan fros.

“Apabila tidur terpaksa pakai beg tidur dengan comforter untuk tutup satu badan, alat pemanas pula dinaikkan hingga 30 darjah celsius daripada 20 darjah celsius kebiasaann­ya,” kata penuntut dari Bandar Kinrara, Puchong itu sambil menambah suhu kelmarin (2 Feb waktu tempatan) adalah 6 darjah celsius.

Bagaimanap­un, katanya beliau dan lima rakan serumahnya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan ekoran keadaan cuaca tersebut.

Dalam pada itu, Atasé Pendidikan Education Malaysia Chicago, Siti Maisarah Roslan, 36, berkata pihak berkuasa Chicago telah memberikan amaran awal berhubung kejadian Polar Vortex bagi membolehka­n penduduk mengambil langkah berjaga-jaga.

“Bagi yang bekerja, kami bekerja dari rumah atas dasar keselamata­n,” katanya yang menetap di North Chicago sejak tiga tahun lepas.

Katanya walaupun Polar Vortex yang menyebabka­n suhu -56 darjah celsius di Chicago pada Rabu telah berlalu, namun pihak berkuasa Amerika Syarikat memberikan amaran berhubung perubahan suhu melampau yang bakal berlaku.

Siti Maisarah berkata cuaca sejuk dijangka diikuti dengan perubahan suhu panas yang memungkink­an ancaman banjir. — Bernama

Saya tak pakai sarung tangan lagi, walaupun ada di dalam poket baju sejuk kerana bergegas takut tertinggal bas. Tidak sampai lima minit, tangan dah rasa

” macam beku dan sakit.

Wan Abdul Rahman Wan Azhar Pelajar Malaysia

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK DILUPAKAN: Nadzim (dua kiri) bersama Srizan (tiga kiri) beramah mesra bersama Zulaliff (kanan) semasa mengadakan lawatan ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama TIDAK DILUPAKAN: Nadzim (dua kiri) bersama Srizan (tiga kiri) beramah mesra bersama Zulaliff (kanan) semasa mengadakan lawatan ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia