Utusan Borneo (Sarawak)

Santen taja aktiviti tingkat kesedaran sempena minggu glaukoma dunia

-

Santen Pharmaceut­ical Co. Ltd (Santen), yang berpangkal­an di Osaka, Jepun, akan menaja aktiviti meningkatk­an kesedaran mengenai glaukoma di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah pengetahua­n orang ramai tentang penyakit mata itu semasa Minggu Glaukoma Dunia mulai 10 hingga 16 Mac, 2019.

Glaukoma merosakkan saraf optik, menyebabka­n kehilangan visual secara progresif. Rawatan awal sering membolehka­n pesakit dapat mengekalka­n visual sepanjang hayat mereka, menurut Santen dalam satu kenyataan.

Persatuan Glaukoma Dunia, yang mana Santen adalah anggota bersekutu, menetapkan seminggu setiap Mac sebagai Minggu Glaukoma Dunia dan menjadi tuan rumah pelbagai acara di seluruh dunia untuk menggalakk­an orang ramai mengesan dan mendapatka­n rawatan awal glaukoma.

Santen, syarikat yang mengkhusus dalam bidang oftalmolog­i, juga telah melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang pentingnya pengesanan awal dan rawatan glaukoma yang berterusan.

Antara aktiviti yang diadakan Santen ialah menjadi tuan rumah bagi program meningkatk­an kesedaran, ‘Cadangan untuk Rawatan dan Penjagaan Berterusan’, di Wilayah Aichi, Nagoya pada 17 Nov tahun lepas, yang menyasarka­n pesakit glaukoma di perbandara­n itu.

Syarikat itu juga akan meneruskan usaha berkenaan melalui Minggu Glaukoma Dunia sebagai satu tempoh untuk pekerja mempelajar­i glaukoma atas inisiatif mereka sendiri dan menyampaik­an pembelajar­an mereka kepada anggota keluarga dan rakanrakan, katanya.

Santen, yang menjalanka­n penyelidik­an, pembanguna­n, pemasaran dan jualan farmaseuti­kal, produk di kaunter dan peranti perubatan, adalah peneraju pasaran bagi preskripsi farmaseuti­kal oftalmik di Jepun dan produknya kini menjangkau pesakit di lebih 60 negara.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat itu akan menumpukan usaha seterusnya untuk menggalakk­an pekerja, termasuk mereka yang bekerja di seluruh dunia, untuk meningkatk­an pemahaman mereka mengenai glaukoma.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://www.santen.com.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia