Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama PAS-UMNO benar-benar wujud

Terbukti apabila PAS menarik balik tuntutan terhadap editor Sarawak Report: Khalid

-

PUTRAJAYA: Keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelesai­kan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle- Brown di luar mahkamah, menunjukka­n kerjasama dengan UMNO benar-benar wujud walaupun sebelum ini dinafikan parti itu, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad.

“Sebelum kita keluar PAS untuk tubuhkan parti AMANAH (dahulu) kita kata perkara ini (kerjasama dengan UMNO) sedang berlaku, mereka kata ini semua fitnah, tetapi sekarang sudah jelas.

“Saya difahamkan suara rakaman Nik Abduh (Anggota Jawatankua­sa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz) diperakui sebagai benar di mana ucapannya menyebut tentang ambil duit UMNO,” katanya kepada pemberita selepas program Hari Bebas Kereta sempena Hari Wilayah 2019, di sini semalam.

Setiausaha Politik Presiden PAS Syahir Sulaiman dalam satu kenyataan kelmarin berkata Abdul Hadi membuat keputusan itu setelah meneliti keseluruha­n tindakan mahkamah yang telah difailkan terhadap Rewcastle-Brown daripada semua aspek selain mempertimb­ang pandangan serta nasihat peguam beliau.

Beliau berkata penyelesai­an

Saya difahamkan suara rakaman Nik Abduh (Anggota Jawatankua­sa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz) diperakui sebagai benar di mana ucapannya menyebut tentang ambil duit UMNO. ”

Khalid Abdul Samad

Pengarah Komunikasi AMANAH

itu melibatkan Abdul Hadi menarik balik tuntutan terhadap defendan iaitu RewcastleB­rown serta defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Presiden PAS berkenaan.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle-Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Artikel lapan perenggan itu mendakwa wang sebanyak RM90 juta ‘dipercayai’ dimasukkan ke dalam akaun pimpinan tertinggi PAS bagi mempengaru­hi mereka supaya menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Ditanya mengenai kajian bahawa 60 peratus orang Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH), Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n berkata parti itu tidak bimbang dengan perkembang­an tersebut, namun mengakui kerajaan perlu bekerja lebih kuat.

“Enam, tujuh bulan pertama ini adalah keadaan di mana kita menyesuaik­an diri sebagai kerajaan, di kementeria­n masingmasi­ng, dengan budaya kerja prosedur dan sebagainya.

“Selepas ini, kita akan pertingkat­kan lagi prestas kita. Kita ada masa dan rama yang memahami bahawa kita perlu masa untuk membawa perubahan ke arah yang kita inginkan,” jelasnya.

Khalid berkata wawasan kerajaan PH tetap sama, namun setiap tindakan perlu dibuat mengikut kemampuan kerajaan buat masa ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Khalid (lima kiri) dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Datuk Dr Aminuddin Hassim (enam kiri) bergambar kenan gan bersama tujuh peserta disiplin bersukan pada Majlis Penyerahan Rekod (MBOR) yang berjaya melengkapk­an tujuh sukan pelbaga disiplin berturutan sempena Hari Wilayah 2019 di Dataran Putrajaya, dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Khalid (lima kiri) dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Datuk Dr Aminuddin Hassim (enam kiri) bergambar kenan gan bersama tujuh peserta disiplin bersukan pada Majlis Penyerahan Rekod (MBOR) yang berjaya melengkapk­an tujuh sukan pelbaga disiplin berturutan sempena Hari Wilayah 2019 di Dataran Putrajaya, dekat Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Nicole (dua kanan) melayani pelanggan ketika meninjau tapak gerai Pasar Tan pada Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Tahun Baharu Cina di Tapak Pasar Tani Paroi Jaya dekat Seremban, semalam. Turut hadir Muslim (kanan).
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Nicole (dua kanan) melayani pelanggan ketika meninjau tapak gerai Pasar Tan pada Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Tahun Baharu Cina di Tapak Pasar Tani Paroi Jaya dekat Seremban, semalam. Turut hadir Muslim (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia