Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita PKR syor wujudkan undang-undang keganasan wanita

-

Pergerakan Wanita Parti Keadilan Rakyat ( PKR) semalam mengesyork­an supaya satu undangunda­ng khusus berhubung keganasan terhadap wanita diwujudkan bagi membolehka­n tindakan diambil ke atas mereka yang melakukan keganasan terhadap wanita, termasuk yang berkaitan gangguan seksual.

Ketuanya Haniza Talha berkata setakat ini belum ada peraturan khusus yang ditetapkan mengenainy­a, kerana apa yang ada kini hanya garis panduan untuk menangani gangguan seksual ditempat kerja, da ia tidak memadai kerana ada yang buat kesalahan tetapi hanya diberi amaran.

“Kita mahu kerajaan khususnya Kementeria­n Hal Ehwal Wanita dan Keluarga lebih tegas dalam perkara ini supaya pesalah dikenakan tindakan sewajarnya dan hak wanita terbela,” katanya kepada pemberita di Konvensyen Wanita Keadilan Zon Timur 2019 di sini, semalam.

Konvensyen dengan tema ‘Hentikan Keganasan Terhadap Wanita’ itu turut dihadiri Ketua Wanita PKR Zon Timur, Nor Hanazalmah Mat Yusoff ( Kelantan), Sitarunisa­h Ab Kadir (Pahang) dan Sharifah Norhayati Syed Omar (Terengganu).

Haniza berkata semakin banyak kes membabitka­n keganasan terhadap wanita dilaporkan, namun oleh kerana tiada peraturan khusus dan bimbang dikenakan tindakan atau dibuang kerja, pihak wanita biasanya mengambil pendekatak­an mendiamkan diri dan terus berada dalam lingkaran keganasan itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya berkata wanita yang terlibat dengan keganasan boleh mendapatka­n khidmat nasihat guaman percuma yang disediakan pihaknya di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia