Utusan Borneo (Sarawak)

Ceroboh tanah kerajaan: Perbincang­an sedang dibuat dengan pemilik bangunan

-

Pemilik bangunan yang menceroboh dua lot tanah kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang telah menulis surat kepada Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan memulakan perbincang­an bagi menyelesai­kan isu tersebut.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berkata pemilik bangunan itu bercadang untuk membeli tanah terbabit namun perbincang­an lanjut perlu dibuat bagi mencari jalan penyelesai­an terbaik.

“Itu cadangan mereka tetapi kami masih perlu bincang. Kami juga perlu buat kaji selidik dengan penduduk sekeliling mengenai kehendak mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Hari Tanpa Kereta sempena Hari Wilayah 2019, di sini semalam.

Pada 16 Jan lepas, Khalid mendedahka­n kes penceroboh­an tanah Lot 568 milik Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n dan Lot 716 milik Jawatankua­sa Kerja Tanah Wilayah Persekutua­n di bawah seliaan Ketua Setiausaha Negara.

Beliau dilaporkan berkata dua lot tanah seluas 0.14 hektar itu pada asalnya adalah taman permainan dan kawasan lapang yang dipenuhi pokok tetapi kini sudah digantikan dengan sebuah bangunan pejabat enam tingkat serta gerai buah-buahan.

Pada 23 Jan lepas, pejabat Khalid turut membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehka­n siasatan dibuat sekiranya terdapat unsur salah laku dan penyalahgu­naan kuasa dalam memberi kebenaran merancang untuk membina struktur kekal di atas tanah terbabit.

Mengenai penceroboh­an dua lagi lot tanah milik kerajaan di Mukim Petaling dan Mukim Setapak, Kuala Lumpur yang didedahkan­nya pada Rabu lepas, katanya pihak pemaju telah menghubung­i kementeria­n secara tidak rasmi.

“Mereka telah berhubung secara tidak rasmi, tetapi mereka belum lagi datang kepada kami... mereka mahu tahu apakah opsyen mereka,” katanya.

Ditanya sama ada laporan kepada SPRM akan turut dibuat berhubung kes terbaru itu, Khalid berkata laporan akan dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata penceroboh­an tanah itu membabitka­n Kompleks Tun Abdul Ghafar Baba di Lot 33600, Jalan Kuchai Jaya 1 Mukim Petaling dan Dewan Shazac Bistari Kompleks Yayasan Wangsa Perdana di Lot 27679 Jalan Gombak, Mukim Setapak.

Khalid berkata tanah di Kompleks Tun Abdul Ghafar yang berkeluasa­n 1.97 hektar memperoleh Perintah Pembanguna­n daripada pihak berkuasa pada 25 April 2017 manakala Dewan Shazac Bistari Kompleks Yayasan Wangsa Perdana berkeluasa­n 0.28 hektar tidak mempunyai Perintah Pembanguna­n.

Terdahulu semasa program tersebut, Khalid menerima sijil Malaysia Book of Records ( MBOR) bagi pihak Perbadanan Putrajaya ( PPj) atas pencapaian­nya sebagai pasukan pertama yang berjaya melengkapk­an tujuh sukan pelbagai disiplin berturutan.

Rekod itu membabitka­n tujuh jenis sukan iaitu larian, berbasikal, berenang, berkanu, mendaki tangga, terjunan base dan berkuda yang dilengkapk­an dalam masa kurang enam jam oleh tujuh pegawai PPj.

Presiden PPj Datuk Dr Aminuddin Hassim turut menyertai acara itu dalam sukan menunggang kuda sejauh 5 kilometer. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU: Seah (kanan) dan Che Samudin (dua kanan) beramah mesra dengan peniaga selepas Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Pasar Tani Lorong Pandan dekat Melaka, semalam.
— Gambar Bernama MENINJAU: Seah (kanan) dan Che Samudin (dua kanan) beramah mesra dengan peniaga selepas Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Pasar Tani Lorong Pandan dekat Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia