Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada aduan kenaikan harga pada program jualan jimat belanja Negeri Sembilan

-

Tiada aduan kenaikan harga barangan selama empat hari program jualan jimat belanja sempena Tahun Baharu Cina dilaksanak­an, kata Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon.

Beliau yang semalam turun padang melakukan tinjauan di pasar tani di Paroi berkata program berkenaan merupakan inisiatif kerajaan bagi mengurangk­an bebanan yang ditanggung pengguna dengan penawaran penjimatan sehingga 20 peratus.

“Setakat ini harga barangan berada pada tahap yang terkawal manakala barang keperluan yang dijual juga mencukupi selain tiada aduan diterima daripada pengguna di seluruh daerah di negeri ini mengenai kenaikan harga barangan.

“Saya juga difahamkan terdapat dalam kalangan peniaga di sini merupakan ibu tunggal dan ini secara tidak langsung menggalakk­an golongan berkenaan untuk terlibat dalam bidang keusahawan selain dapat membantu golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) mendapatka­n barangan berkualiti dengan harga yang murah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sembilan Muslim Manja.

Sementara itu, seorang suri rumah, Azian Mohamad Aziz 40, ketika ditemui berkata program berkenaan adalah amat baik dan berharap ia diteruskan bagi membantu meringanka­n beban kos sara hidup masyarakat.

“Semasa musim perayaan kebanyakan peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang tetapi dengan adanya program jualan jimat belanja ini, ia dapat memastikan tiada kenaikan harga barangan segar,” katanya.

Jualan jimat belanja sempena Tahun Baharu Cina yang akan tamat hari ini, berlangsun­g selama lima hari bermula 31 Jan lepas dan diadakan di 24 pasar tani di negeri ini dengan penglibata­n seramai 1,064 peniaga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia